‘Saya Dah Tau Dah Apa Nak Buat Bila Jadi PM’ – Tun Mahathir. Ini Apa Yang Tun Mahathir Akan Lakukan!

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu, beliau sudah mempunyai idea dan perancangan tentang apa yang perlu dilakukan jika berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menurutnya, beliau telah mengkaji dan mengenal pasti beberapa perkara yang perlu diselesaikan demi kebaikan rakyat.

Katanya, beliau hanya memerlukan dua tahun untuk menggalas tanggungjawab terbabit.

Image result for tun m

“Mungkin bagi seorang Perdana Menteri baharu agak sukar untuk menyelesaikannya dalam tempoh dua tahun.

“Bagi saya yang umur dah lebih, tapi pengalaman banyak, tak payah nak belajar menyelesai masalah yang rumit. Masalah dulu pun kita dapat selesaikan,” katanya dalam sesi Facebook Live ‘POLICY TALK – Governans & Ekonomi’ pada Rabu.

Beliau berpendapat, Perdana Menteri juga tidak harus memegang jawatan Menteri Kewangan.

Jelasnya beliau hanya memegang dua kali jawatan tersebut kerana sedang menunggu calon yang sesuai untuk menjawat jawatan itu.

“Dahulu kita tentukan perdana menteri dan timbalan berganti jawatan iaitu dalam Kementerian Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan kerana kedua-dua kementerian ini amat penting dalam menentukan keselamatan serta kestabilan negara,” jelasnya.

Tambah beliau, Pakatan Harapan juga bakal mengecilkan jumlah menteri kabinet berbanding sekarang selaras dengan struktur perjawatan awam.

“Kita ada struktur kementerian yang mana kerja-kerja yang diperlukan boleh dilakukan oleh pegawai-pegawai.

“Jadi kita tak perlu banyak menteri, saya diberitau bahawa PH berhasrat untuk mengurangkan kepada 20 menteri sahaja,” katanya lagi.

Sumber

Dr M: Beri saya 2 tahun jadi PM selesai masalah Najib

Calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, 2 tahun cukup untuk beliau “menyelesaikan masalah yang ditinggalkan” Datuk Seri Najib Razak.

Ini kerana, katanya, beliau mempunyai pengalaman memimpin negara selama 22 tahun sejak 1981 hingga 2013.

Related image

“Kalau perdana menteri baru, 2 tahun memang tidak cukup. Tetapi, saya ada pengalaman jadi perdana menteri, tidak perlu belajar jadi perdana menteri lagi.

“Saya tahu urusan sebab itu dalam jangka masa 2 tahun, kita boleh selesaikan masalah dan boleh buat garis panduan mengenai masalah yang akan ambil masa lebih banyak,” katanya menerusi “policy talk – governans & ekonomi” yang disiarkan secara langsung di Facebook hari ini.

Dr Mahathir berkata, ketika menjadi perdana menteri, pentadbirannya berjaya menyelesaikan masalah rumit dan beliau yakin boleh menangani masalah sekarang yang disifatkannya lebih rumit.

Katanya, beliau sudah mengenal pasti masalah dan langkah yang perlu diambilnya, jika PH memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Antara perubahan yang beliau cadang laksanakan ialah pengasingan peranan antara perdana menteri dan menteri kewangan serta mengurangkan saiz Kabinet tidak melebihi 35 orang.

“Saya diberitahu PH berhasrat untuk kurangkan kepada 20 lebih sahaja, tidak sampai 35 orang. Bagi saya, ia memadai untuk mentadbir negara kerana banyak lagi negara yang besar, tetapi mempunyai Kabinet lebih kecil.”

Dr Mahathir berkata, lambakan menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet ketika ini bukan keperluan mendesak, sebaliknya hanya bertujuan menambah pendapatan pemimpin.

“Saya fikir ini agak membazir dan ada kerja yang boleh dilakukan pegawai. Bahkan pegawai pula lebih cekap daripada menteri. Pegawai banyak membantu menteri, jadi tidak perlu banyak menteri.

“Pada suatu masa dahulu, kalau menteri tidak dapat hadir, timbalan menteri akan ganti. Tetapi kini, timbalan menteri tidak boleh menggantikan menteri tetapi menteri lain pula digantikan.”

Ada pihak yang mendakwanya bertanggungjawab ke atas keputusan sepanjang 22 tahun pemerintahannya yang menghakis kebebasan institusi negara dan awam, menentang beliau berkuasa semula.

Semalam, Dr Mahathir mengumumkan gabungan pembangkang itu akan mengehadkan jawatan perdana menteri kepada 2 penggal atau 10 tahun, jika PH berjaya menawan Putrajaya pada PRU14.

Katanya, seorang perdana menteri mungkin menyalahgunakan kuasanya jika beliau memegang jawatan tertinggi itu terlalu lama.

“Kami akan mengurangkan penggal kepada 2 sahaja. Tidak lebih daripada itu,” katanya sambil menambah langkah itu perlu untuk mencegah rasuah.

Najib mempunyai masa sehingga 24 Jun ini untuk mengadakan PRU14 atau Parlimen akan terbubar secara automatik dan pilihan raya perlu diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran itu.

Image result for tun m

Sumber

Jika Pakatan menang PRU14, Dr Mahathir janji kukuhkan badan kehakiman

BETAPA masa sudah jauh berubah.

Dr Mahathir Mohamad, tokoh yang dituduh menyekat kuasa yang ada pada mahkamah semasa menjadi perdana menteri, kini berjanji mahu menegakkan semula “keluhuran undang-undang” jika Pakatan Harapan (PH) menang PRU14.

Ini termasuk pelan mengembalikan kebebasan badan kehakiman dan menjalankan perubahan yang akan membawa kepada mekanisma semak dan imbang yang lebih wajar dalam tiga cabang kerajaan.

“Ya, kita mempunyai idea bagaimana untuk memperbaiki semak dan imbang. Contohnya, terdapat pengasingan kuasa di antara legislatif dan eksekutif, legislatif dan kehakiman,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Dr Mahathir menggambarkan negara ini dalam keadaan huru-hara, yang jelas kelihatan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta tindakan Perdana Menteri Najib Razak memecat peguam negara dan menyekat siasatan terhadapnya.

Related image

“Hari ini tidak ada. Malah hakim yang tidak boleh dilantik disebabkan melanggar Perlembagaan (Persekutuan) dia (Najib) lantik. Saya tak pernah buat perkara seperti ini,” kata Dr Mahathir, merujuk kepada lanjutan tempoh pelantikan Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Zukelfi Ahmad Makinudin.

Beberapa jam selepas wawancara selesai, Dr Mahathir dan pemimpin PH menyerahkan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong mencabar keputusan Najib melanjutkan tempoh jawatan dua hakim itu.

Janji Dr Mahathir ini akan jadi magnet kritikan memandangkan tuduhan terhadapnya selama ini sebagai orang yang bertanggungjawab menyekat kebebasan badan kehakiman.

Pada 1988, ketua hakim negara ketika itu Salleh Abas dipecat manakala lima hakim Mahkamah Agung digantung, kemudiannya dua daripada mereka dipecat tribunal, sehingga membawa kepada krisis kehakiman.

Pada tahun yang sama, Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi menghapuskan “kuasa kehakiman” daripada Artikel 121(1), sekaligus melemahkan mahkamah.

Badan Peguam Malaysia seterusnya mengecam penyingkiran hakim itu dan menggesa semakan semula ke atas krisis tersebut terutamanya selepas ada pendedahan pada 2006 Dr Mahathir pernah memberikan Salleh dua pilihan; letak jawatan atau dipecat.

Dr Mahathir menuduh Najib menyalahgunakan kuasa yang ada padanya namun menafikan beliau sendiri bertanggungjawab meluaskan kuasa Jabatan Perdana Menteri semasa memegang jawatan.

“Kedaulatan undang-undang bermakna kita tidak salah gunakan undang-undang atau kita ketepikan undang-undang, atau kita ambil tindakan yang bertentangan dengan undang-undang.

“Kalau kita buat macam itu, negara akan tidak stabil… seperti yang dibuat Najib. Najib tunjuk dengan terang orang buat laporan terhadap kesalahan dia, orang itu kena tangkap, kena penjara, kena tahanan, didakwa di mahkamah kononnya menyalahi Sosma.

“Itu bertentangan dengan undang-undang sampai mahkamah pun tak dapat sahkan pertuduhan yang dibuat,” katanya dengan penuh bersemangat.

Sumber

About admin

Awang Goneng memang suka cerita macam-macam!

View all posts by admin →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × 5 =