Kucing Putih Ratapi Pemergian Tokwan. Enggan Pulang, Rebahkan Diri Di Tanah Kubur. Sayu Tengok

LANGKAWI, KEDAH – Viral video seekor kucing enggan berganjak dari kubur arwah Tokwan kepada Zarul Hisham dan Soffuan, malah cuba digali tanah kubur berkenaan di waktu pengebumian sedang berlangsung.

Gambar dan video yang dimuat naik oleh Soffuan sejak jam 2.11 petang tadi, telah ditonton 1.2 juta kali dan dikongsi 16,000 lebih pengguna Facebook.

“Assalamualaikum. Tok Wan saya, Ismail bin Mat, telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kelibang.

“Ada kejadian berlaku semasa membaca talqin, seekor kucing putih datang mengelilingi kubur arwah. Sungguh besar kekuasaanMu Ya Allah.

“Semasa arwah Tokwan saya di dunia, dia seorang yang cinta kepada kucing. Harap Tokwan ditempatkan dengan orang yang beriman.

“Kasih sayang Tokwan kepada kami cucu 38 orang daripada 12 anaknya tiada ganti. Terlalu banyak kenangan manis yang kami takkan lupa sampai bila-bila. Kami sayang sangat-sangat kat Tokwan. Moga tenang di sana, Al-Fatihah,” tulisnya.

P/s: Selama ni kita dengar saja orang cerita kisah macam ni dalam blog, buktinya kita belum nampak tapi kalini siap ada video dan gambar yang pasti bukan edit dan rekaan. Kucing yang tak berakal ni dah buktikan pada kita semua inilah kelebihan orang yang berbuat baik kepada binatang. Bayangkan banyak mana kucing yang langsung tak buat dosa sepanjang hayatnya ni berzikir kepada arwah. ALLAHU sayangilah haiwan walau macammana keadaan pun haiwan berkenaan 🙂

Sumber : tambahcheesey.com

About admin

Awang Goneng memang suka cerita macam-macam!

View all posts by admin →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 − 3 =