3 cara tepat untuk merangsang puting payud4r4 isteri, barulah isteri betul-betul puas!

Merangsang puting payudara adalah satu teknik foreplay yang patut semua suami mahir. Tapi, mahir juga bermaksud anda perlu melakukan cara merangsang puting payudara dengan betul.

Setiap puting payudara wanita adalah berbeza, jadi sebab itu rangsangan yang tepat amat penting untuk buat isteri makin ghairah dan puas.

Anda nak tahu apa cara merangsang puting payudara yang betul? Mari kita kenali jenis-jenis puting payudara isteri anda terlebih dahulu.

Cara merangsang puting payudara mengikut bentuk puting

1. Puting kecil

Puting berukuran kecil tak sepatutnya menjadi masalah. Lingkaran warna gelap di sekitar puting yang dikenali sebagai areola itu sendiri sebenarnya lebih sensitif berbanding puting.

Jadi untuk puting kecil, suami boleh cuba merangsang bahagian areola dan bahagian atas payudara. Dengan cara merangsang puting payudara yang betul ini, pasti mudah untuk anda merangsang isteri anda.

2. Puting masuk ke dalam

Shirley Zussman, seorang pakar terapi dari New York mengatakan puting masuk ke dalam juga bukan satu masalah untuk merangsang payudara.

Suami masih boleh melakukan cara merangsang puting payudara dengan normal (seperti melakukan sentuhan lembut) sehingga puting itu “naik” selepas ereksi.

Selain itu, isteri yang ada puting masuk ke dalam janganlah berasa rendah diri pula. Dalam hal ini, yakinlah yang puting anda itu masih tetap indah. Beri perhatian pada tubuh anda ketika berasmara.

3. Puting besar

Bagi isteri yang ada puting besar, anda lebih senang dirangsang! Puting besar memiliki sel saraf yang lebih sensitif.

Namun, suami masih disarankan untuk tidak melakukan cara merangsang puting payudara yang terlalu kasar dan ganas kerana ia mungkin boleh melukakan puting.

Cara merangsang puting payudara bergantung kepada jenis puting dan kesabaran suami

Cara merangsang puting payudara yang betul sebenarnya bergantung besar pada jenis puting dan kesabaran suami. Apa yang lebih penting adalah anda memberitahu suami apa yang anda mahu.

Jom lihat video..

Komunikasi yang berkesan menjaminkan hubungan seksual yang lebih sihat. Selamat mencuba! 🙂

Sumber : The Asianparent Malaysia

About admin

Awang Goneng memang suka cerita macam-macam!

View all posts by admin →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × 1 =