Opss..Apabila Tun M Tersasul Cakap Ketika Berucap Di Khalayak Ramai Buat Netizen “TERKEDU”..!! Yang Ni kelakor…

Opss Mahathir Tersasul Undi BN..!! Yang ni kelakor siot…Selamat datang ke The Channels. Kami menyajikan pelbagai video informasi dan gaya hidup untuk tontonan anda.

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK TERUS TONTON VIDEONYA JIKA ANDA KESUNTUKAN MASA UNTUK MEMBACA

Pilihanraya adalah proses membuat keputusan kelompok formal dimana populasi memilih individu untuk memegang jawatan awam.

Pilihanraya telah menjadi mekanisme biasa yang mana demokrasi wakil moden telah beroperasi sejak abad ke-17. Pilihanraya boleh mengisi pejabat di dewan perwakilan, kadang kala di eksekutif dan peradilan, dan untuk pemerintah daerah dan daerah. Proses ini juga digunakan dalam banyak organisasi swasta dan perniagaan, dari kelab kepada persatuan sukarela dan syarikat.

Penggunaan universal pilihan raya sebagai alat untuk memilih wakil-wakil dalam demokrasi wakil moden adalah bertentangan dengan praktik dalam arsitek demokrasi, purba Athens, di mana Pemilihan dianggap sebagai institusi oligarki dan kebanyakan kantor politik diisi dengan pemisahan, yang juga dikenal sebagai perumpukan , oleh mana pemegang jawatan dipilih oleh lot.

Untuk mengetahui cerita selanjutnya sila tonton video ini sampai ke hujungnya supaya anda mendapat informasi yang lengkap.

Jika ada sebarang cadangan atau pertanyaan sila berhubung dengan admin laman web ini.Video di dalam web ini adalah untuk hiburan semata mata.Sila scroll ke bawah untuk melihat video penuh mengenai kisah ini.Terima kasih kerana sudi menonton.

Jangan lupa like and follow FB fanpage kami The Channels. Terima kasih.

VIDEO BIKIN PANAS

SUMBER

1998-2018: Lengkapnya satu putaran Mahathir-Anwar. Tun Mahahtir akhirnya luah sesuatu yang dipendam selama ini..

WAWANCARA | Dari kawan menjadi lawan, dan kembali menjadi kawan. Tahun ini genap 20 tahun putaran ‘hubungan benci-sayang’ Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini di Putrajaya, Jumaat lalu, Mahathir diajak mengenang kembali perkara itu – bermula dengan langkah drastiknya memecat Anwar pada 1998.

“Ya, kita semua buat salah sikit kadang-kadang. Tetapi kita tidak boleh dihukum seumur hidup. Ini tidak adil.“Hukuman harus ada satu hadnya. Lepas itu kamu tidak boleh terus hukum dia lagi.

“Kamu tak boleh kata, ‘budak, kamu buat salah, kamu curi pen, kamu tak boleh jadi perdana menteri’. Ini tidak betul. Orang yang telah menyesal barangkali…,” katanya.

Katanya, oleh kerana pembangkang kini sedia menerima beliau, beliau patut membalasnya dengan niat baik yang sama.“Mereka sanggup terima saya. Terima saya, musuh ketat sebagai pemimpin mereka.

“Sekarang saya tak boleh terima merEka sebagai pemimpin? Ini tidak masuk akal. Mereka boleh maafkan saya, saya tak boleh maafkan mereka? Ini tidak betul,” katanya.

Hilang 300,000 undi kerana mata lebam

Mahathir juga ditanya tentang penahanan Anwar bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada anggota polis elit pada 1998 di rumahnya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Jelasnya, beliau tidak bertanggungjawab terhadap cara penahanan itu dibuat.Sebaliknya, kata Mahathir, beliau telah meminta pihak polis tidak menggunakan taktik itu.

“Tetapi polis, mereka ada SOP (standard operasi piawai). Ini cara mereka tangani keadaan. Kamu tahu, bila mereka nak tangkap Anwar, saya beritahu mereka, ‘Tolong jangan guna…’“Apa yang mereka buat, SOP mereka pakai topeng, dengan pistol, pecahkan pintu. Ini SOP mereka.

Saya tak tahu mereka nak buat macam itu. Saya beritahu mereka, ‘Tolong jangan buat macam ini’, tapi.“Saya terpaksa terima akibatnya,” katanya.

Berkaitan insiden mata lebam Anwar, yang kemudian menjadi ikon pergerakan Reformasi, Mahathir mengakui menerima padahnya.“Kamu ingat saya minta mereka lebamkan mata Anwar? Kamu tidak tahu apa kesannya daripada aspek politik saya hilang 300,000 undi kerana mata lebam itu. Saya tidak lebamkan mata Anwar.

“Kamu tahu? Saya tanya mereka, ‘Kenapa kamu tak dakwa Anwar di mahkamah?’“Pada mulanya mereka dia. Kemudian mereka mengaku. Mereka lebamkan matanya dan tak mahu beliau tampil di khalayak ramai,” katanya.

Suruhanjaya siasatan diraja (RCI) kemudian mendapati Anwar diserang semasa dalam tahanan oleh Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor.

sumber: malaysiakini via media2060

About admin

Awang Goneng memang suka cerita macam-macam!

View all posts by admin →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × 2 =