Al-kisah…Puteri & cendawan…!

Alkisah…ada la sorang mamat tu namanya Awang Benjol. Kerjanya tiap-tiap hari ialah mencari rotan di hutan berhampiran. Pada suatu hari…dia masuk ke hutan seperti biasa mencari rotan, tapi kali ni ke tempat yang baru sikit di kerana tempat lama rotan dah habis.

Semasa tengah mencari akar rotan yang sesuai tu, dia terjumpa sebuah tasik, sangat lah cantik di tengah-tengah hutan tu. Terkejut beruk si Awang ni, heran campur pelik, tak pernah jumpa tengah-tengah hutan ada tasik yang sebegini cantik. Di sekeliling tasik tu terdapat pasir putih pula, bertambahlah pelik Awang melihatnya. Dihampiri
tasik tersebut dari celah-celah semak dan pokok hutan yang kecil.

Tiba-tiba… semasa mengendap tu awang terlihat, ada seorang puteri sedang mandi bogel, terbeliak mata si Awang.

“Orang ke hantu ni,” bentak hatinya.

“Nak lari ke tidak?”

Tapi seronok jugak mengendap ni, bukannya puteri tu nampak dia. Tapi yang bertambah peliknya di tepi tasik tu ada pengawal yang sedang berjaga semasa puteri tu mandi. Setelah mandi, puteri tu naik ke tepi, baring atas pasir putih tu dan golek-golekkan badan dia beberapa kali.

Bagai nak terkeluar mata si awang ni, jantung pulak bagai nak meletup. Selepas itu puteri pun memakai pakaiannya dan berlalu bersama dua orang pengawalnya yang lengkap dengan senjata tombak dan
keris. Bila semuanya dirasakan selamat, barulah awang keluar dari tempat dia menyorok dan terus lari pulang ke rumahnya di hujung kampung.

Malam tu awang tak dapat tidur. Nak diberitahu isteri, takut dia marah dan tak kasih pergi lagi. Rugi pulak rasanya. Kalau diberitahu kengkawan yang lain, takut ramai yang pergi ngendap, dah tak syok pulak.
Fikir punya fikir…

Ping!

Awang dapat satu idea bernas…! Esok pagi, seawal pukul lima , Awang dah bertolak menuju ke hutan dara tu.
Bini dia pun naik heran, buang tebiat ke laki dia ni, pergi hutan subuh-subuh. Setelah berjalan beberapa jam, sampailah dia ke tasik tersebut. Awang terus menggali lubang di mana tempat puteri tu golek-golekkan
badannya selepas mandi semalam.

Setelah selesai, disorokkan cangkul untuk menggali tadi kat semak, lepas tu dia masukkan dirinya ke dalam lubang tadi. Dia timbus seluruh badannya dengan pasir dan yang ditinggalkan diluar hanya “anu” saja.
Tak lama selepas tu seperti biasa puteri hutan tu pun turun mandi dan berenang kat tasik tu, seperti biasa selepas berenang dia ke tebing untuk bergolek-golek.

Tiba -tiba masa golek-golek tu dia terpandang sesuatu, “anu” si Awang la tu. “Aik!” kata puteri tu. Bila pulak ada cendawan tumbuh ni. Dia pun cuba nak cabut, tak boleh. Mula-mula lembik, bila cuba nak cabut jadi keras
pula. Heran puteri tu, cendawan jenis apa ni, bila cuba cabut lagi,cendawan tu kembang dan berair.

“Heran punya cendawan,” kata puteri dalam hati.

Pasal tak boleh cabut puteri pun berlalu bersama pengawalnya dan hilang ditengah hutan.
Setelah terasa selamat, Awang pun keluar dari lubang tu, cari seluar yang disorok, lari balik rumah dengan perasaan gembira yang amat sangat. Punya tak tahan seronoknya tu, habis satu kampung semua orang lelaki
diceritanya, tak kira kecik ke besar. Esoknya seperti biasa puteri nak mandi kat tasik kegemaranya tu la. Punya la terkejut mak oiiiii, kenapa hari ni banyak sangat cendawan tumbuh?

Beratus ratus tumbuh kat pasir ni, ada yang kecil, ada yang besar, ada dah tua ganyut punya cendawan
pun ada. Tiba-tiba tuan puteri berasa sangat marah. Dipanggilnya penggawal peribadi.

“Pengawal, ambilkan beta mesin potong rumpun. Bersihkan kawasan ni dulu baru beta akan turun mandi”
Maka, bermulalah episod satu kampung semua tak ada cendawan lagi..

Artikel seterusnya..

Seluruh Kampung Terkejut Dengan Penemuan Cendawan Yang Dikatakan Pernah Menjadi Santapan Maharaja Rupa Rupanya ..

Pada awal bulan lalu, seorang wartawan media yang masih muda telah mendatangi sebuah perkampungan di Liucunbu di Cina akan tersebarnya berita misteri dari mulut kemulut menjumpai sebuah cendawan langka di kampung tersebut.

Menurut seorang penduduk, cendawan itu ditemui disebuah perigi Lama yang airnya sudah kering, namun masih lembab, penduduk yang menemui benda itu turut terpesona dengan keunikan bentuk dan juga fisiknya yang lebut.

Cendawan tersebut memiliki dua kepala di hujung dan dibawah, kepala benda itu memiliki lubang dipercayai hidung dan mata cendawan tersebut.

Seorang penduduk yang sudah menetap di kampung tersebut selama 80 tahun mengaku baru pertama kali ia melihat cendawan seperti itu.” orang paling tua dikampung ini saja belum pernah melihat cendawan seperti itu” ujar salah seorang penduduk dengan jujurnya.

Ada juga sebagian warga yang cuba mencari melalui internet mengenai cendawan yang mereka temukan, ”saya sudah melakukan pencarian di internet ia adalah cendawan jenis Lingzhi yang disebut Taisui “ujar salah seorang pemuda, ketika di tanya wartawan tersebut.

Selain daripada itu pemuda itu juga menjelaskan bahwa cendawan jenis Lingzhi yang disebut Taisui adalah sejenis cendawan yang sangat popular yang hanya dimakan oleh maharaja cina zaman baheula supaya mereka panjang umur.

Ketika itu juga berita yang disiarkan Secara LIVE melalui televisi cina, menjadi bahan lawak penduduk negara itu, kelucuan berita tersebut ditambah deNgan wartawan Yang penuh yakin menyampaikan berita cendawan popular tersebut yang sebenarnya adalah alat bantu seks.

Stesen tv yang kemudian tahu bahawa rancangan mereka menjadi bahan lawak, mereka kemudian menyiarkan berita permohonan maaf. ”wartawan kami masih muda dan itu adalah kerja pertamanya mohon maklum”katanya.

About admin

Awang Goneng memang suka cerita macam-macam!

View all posts by admin →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen − 3 =