6 Kontoversi Selebriti Malaysia Membabitkan “RUMAH SYAITAN” Yang Ramai Tak Tahu!

Gambar Hiasan

Hampir setiap tahun pasti akan timbul kisah selebriti Malaysia dan kelab malam. Ada yang mengakui gemar ke kelab malam hanya sekadar untuk berhibur dan menenangkan fikiran.

Persoalannya salahkah mereka sebagai selebriti khususnya mereka yang beragama Islam berkunjung ke kelab malam? Terpulang kepada perspektif masing-masing untuk menilai tindakan mereka. Antara benar dan salah, tergantung pada niat, tujuan dan perlakuan mereka di tempat tersebut yang dianggap sebagai rumah syaitan.

Untuk membuat jahat atau dosa, tidak semestinya hanya di kelab malam. Di rumah sendiri pun, tanpa diketahui orang, kita terdedah untuk berbuat dosa. Betul tak?

Berikut antara enam selebriti yang pernah terpalit dengan kontroversi membabitkan kelab malam.

1. Nur Fazura

Pada 19 Disember 2004, sekitar pukul 1.20 pagi, berlakunya perkelahian antara Fazura dan seorang wanita bernama Geraldine Mariana Wong. Pertelingkahan itu terjadi di Bar Luna Pacific Regency Hotel & Apartments, Kuala Lumpur. 

Fazura disaman oleh Geraldine atas tuduhan mencederakan. Fazura menerusi keterangan pembelaannya, menghayun kasut kepada Geraldine selepas rambutnya ditarik kuat oleh wanita tersebut.

Perbicaraan kes ini bermula pada 2006 dengan keputusan berpihak kepada Fazura pada 2008. Dalam kes lain, Fazura juga pernah ditahan polis bersama seorang lagi pelakon, Sharifah Sofea di sebuah kelab malam di Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur pada Februari 2006.

2. Awal Ashaari & Scha Al-Yahya

Penghujung Disember 2009 digemparkan dengan berita melibatkan pelakon dan pengacara, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya (sebelum berkahwin) terkandas dalam serbuan pihak polis di Rootz Club, Kuala Lumpur.

Kunjungan mereka dikatakan adalah bagi memenuhi undangan sambutan hari jadi rakan Scha yang baru tiba dari Australia. Ketika serbuan, Scha memberikan kerjasama dengan memberi sampel air kencing sama seperti pengunjung lain dan bebas daripada sebarang tahanan.

Begitupun situasi menjadi tegang apabila pihak media ternampak kelibat Awal yang gagal memberikan sampel urin. Awal dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. Dia akhirnya berjaya memberikan sampel urin dan dibebaskan.

3. Tasha Shilla

Sekitar 2012, pelakon ini dihambat kontroversi apabila kisahnya beraksi ‘liar’ di kelab malam. Tasha mengakui kunjungannya ke kelab malam bagi meraikan ulang tahun kelahirannya. Tasha juga mengiyakan bahawa dia sering ke kelab malam bersama rakan-rakan untuk meredakan tekanan selepas penggambaran.

Pelakon yang mencipta nama menerusi filem Ratu The Movie menolak keras dakwaan dia melakukan tarian tiang di kelab malam tersebut. Tasha juga tidak mahu menjadi hipokrit atau menyembunyikan hobinya ke kelab malam bagi menenangkan fikiran.

4. Fasha Sandha

Fasha Sandha sememangnya lembut dan memiliki sifat kewanitaan di luar, di dalam filem mahupun drama yang dilakonkannya. Bagaimanapun, gambar ini menunjukkan sebaliknya. Dia didakwa seperti seronok mengunjungi kelab-kelab malam untuk berhibur bersama rakan-rakan.


Jika betul, sikap seperti inilah yang kadangkala membuat peminat menjadi bosan terhadap segelintir artis yang didakwa ‘pandai’ berlakon. Kata mereka, sikap artis seperti ini boleh dikategorikan sebagai ‘burung hantu’, siang lain… malam lain!

5. Neelofa

Pelakon, pengacara dan usahawan tanah air, Neelofa mengundang kemarahan masyarakat apabila menjadikan kelab malam terkemuka, Zouk, Kuala Lumpur sebagai lokasi pelancaran koleksi terbaharu tudungnya.

Lofa tidak kesal dengan kritikan netizen, bahkan meyakini keputusan yang dibuat. Rasional pemilihan Zouk adalah kerana ia menepati tema acara dan kesesuaian bajet.

Difahamkan, Lofa perlu mengeluarkan bajet sehingga lapan kali ganda jika diadakan di tempat lain dengan tema yang sama. Pelakon yang akan muncul dengan drama Ti Amor Sweetheart 100 Hari itu juga menegaskan enggan mempedulikan kecaman orang.

6. Erin Malek

Sejak melangsungkan perkahwinan, Erin Malek tak habis-habis dengan kontroversi.Pernah heboh gosip menyatakan dia ke kelab malam bersama suaminya selepas melangsungkan perkahwinan, ramai juga yang perasan beberapa keping gambar Erin sedang berhibur di sebuah kelab telah tersebar di beberapa portal hiburan beberapa hari sebelum dia bernikah lagi.

Setiap manusia mesti ada masa silam. Apa yang terbaik perbetulkan kesilapan lalu untuk kehidupan akan datang yang lebih bermakna daripada melayan perkara-perkara yang tak mendatangkan untung.

Harapan Hangat.com, walau selebriti mana sekalipun, semoga mereka insaf dan sedarbahawa sebagai ‘public figure’ mereka seharusnya menunjukkan contoh tauladan yang baik pada peminat! PEACE YAWW!

SUMBER: Hangat.com via ohgebang

About admin

Awang Goneng memang suka cerita macam-macam!

View all posts by admin →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × 3 =