6 SELEBRITI WANITA INI BUKTIKAN UMUR BUKAN PENGHALANG UNTUK KAHWIN LELAKI MUDA

Jodoh terletak di tangan Tuhan tanpa mengira pangkat, darjat dan umur. Di zaman moden ni umur wanita bukanlah penghalang untuk berkahwin dengan lelaki yang lebih muda.

Tengok je artis wanita di Malaysia sekarang yang tak kisah pun berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda. Mereka juga siap memberikan tips untuk orang lain yang bakal berkahwin dengan lelaki yang lebih muda dari mereka. Ini 6 selebriti wanita yang buktikan umur bukan penghalang untuk kahwin lelaki muda.

1. Ella (52) & Azhar Ghazali (36) – 16 tahun perbezaan

Ratu rock Malaysia ni dah tamatkan zaman bujang pada 2012 dengan Azhar Ghazali yang merupakan seorang pilot Firefly. Ella mengaku perbezaan umur langsung tak jadi penghalang kerana keserasian antara mereka lebih penting lagi-lagi suami dia adalah seorang yang matang. Dia juga tegaskan amat penting untuk bersedia dulu sebelum nak dirikan rumah tangga.

2. Che Ta (45) & Zain Saidin (34) – 11 tahun perbezaan

Pasangan sama cantik sama padan ni dah mendirikan rumah tangga sejak 11 Disember 2013. Che Ta sebelum ni pernah berkahwin dengan seorang pilot dan dikurniakan dua orang anak lelaki sebelum berkahwin dengan Zain. Che Ta bagi nasihat yang banyak pengorbanan perlu dibuat dan perlu redha serta bertolak ansur kerana pandangan wanita dan lelaki muda adalah yang berbeza. Baguslah dorang dapat bertolak ansur!

3. Yatt Hamzah (38) & Mohammad Zulfadhli Khiruddin (28) – 10 tahun perbezaan

Yatt telah berkahwin sebelum ini dan pada tahun 2016 dia mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Zulfadhli. Kata Yatt, jarak usia mereka menyebabkan suaminya pernah memanggilnya ‘kakak’. Kata Yatt dia bersyukur kerana suaminya mudah dibentuk dan nasihat supaya tidak lupa suami tetap ketua keluarga walaupun lebih muda dan perlu sentiasa patuh dan berikan sokongan kepadanya.

4. Linda Jasmine (46) & Que Haidar (39) – 7 tahun perbezaan

Linda berkahwin dengan Que pada 14 Februari 2009 dan kini dikurniakan dua anak perempuan yang sama cantik seperti parentsnya. Walaupun Linda pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki, namun itu tak halangnya untuk mencari kebahagiaan dengan Que. Linda pernah bagitau yang dia banyak mengamalkan petua untuk kekal cantik selain gembira membahagikan tugas dalam hal rumah tangga dengan suami.

5. Fazura (35) & Fattah Amin (28) – 7 tahun perbezaan

Pasangan sejoli ni dah diijab kabulkan pada akhir tahun lepas. Mereka berdua menamatkan zaman bujang dalam majlis yang dihadiri keluarga dan kenalan. Fazura pernah memberikan tips di mana makan pakai suami perlulah dijaga dengan rapi. Dia juga bersyukur mempunyai Fattah sebagai suami kerana bersabar melayannya yang degil dan pentingkan kerjaya.

6. Sheila Majid (53) & Acis (47) – 6 tahun perbezaan

Penyanyi senior Sheila Majid telah berkahwin pada tahun 2003 selepas rumah tangga dengan suami pertama retak pada tahun 2000. Sheila mengatakan perkahwinan mereka tidak mengenal usia dan meletakkan kepercayaan yang mendalam terhadap Acis, seorang pemuzik muda pada masa itu. Dia juga mengatakan betapa pentingnya untuk anak-anaknya merestui perkahwinan dengan suami baru.

See! Selebriti wanita kita pun tak memandang berkahwin dengan lelaki muda sebagai penghalang. Siap rileks bagi tips kepada orang lain. Bolehlah guna pakai tips dan nasihat mereka dalam mendirikan rumah tangga tak kisahlah jarak umur berapa pun.

Boleh ikut tips ni.

Sumber : budak hostel

About admin

Awang Goneng memang suka cerita macam-macam!

View all posts by admin →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twelve + eighteen =