Wanita Cantik Ini Tak Pernah Solat, Jenazahnya Berat Sampai Anak-anak Enggan Mandikan Dan Kafankan…

Solat itu tiang agama. Ketika dihisab kelak, solatlah perkara pertama yang akan dikira oleh Allah. Jika di dunia masih terleka, kelak ketika pengakhiran hayat tak sempat nak bertaubat.

Inilah yang berlaku pada hidup Mak Ngah. Demi menghormati keluarga Mak Ngah, nama yang digunakan terpaksa ditukar. Kisah ini besar pengajarannya.

Masih jelas di ingatan Muhamad, pada pagi itu itu dia mendapat panggilan daripada saudara terdekatnya yang memohon pertolongannya bagi menguruskan jenazah ibu saudaranya.

Ibu saudaranya yang dipanggil “Mak Ngah” tidak pernah sakit, panggilan pagi tadi amat memeranjatkan Muhamad. Tanpa berlengah Muhamad mengajak isterinya terus ke rumah Mak Ngahnya.

Setibanya di sana, kelihatan anak-anak Mak Ngah semua berada di luar bilik memandikan jenazah. Tersentak dengan perbuatan mereka, Muhamad menegur mengapa tidak disegerakan urusan memandikan jenazah ibu mereka.

Mereka hanya mampu menggeleng dan menangis, keempat-empat adik-beradik tersebut tetap tidak berganjak untuk menguruskan jenazah ibu mereka.

Cantik Ketika Hidup
Melihat keadaan itu, dengan ditemani isteri, Muhamad memberanikan dirinya melihat keadaan jenazah Mak Ngahnya.

Allah Maha Besar, tubuh ibu saudaranya kelihatan membengkak dan matanya pula kehitaman. Padahal sebelum ini Mak Ngah adalah ibu saudaranya yang paling cantik dan pandai berdandan.

Mungkin perkara ini menjadi asbab untuk anak-anaknya meninggalkan sang ibu dan tidak mahu meneruskan urusan memandikan jenazah.

Dia meminta pihak pengurus jenazah terdekat membantunya untuk menguruskan jenazah ibu saudaranya.

Dari awal hingga ke akhirnya, Muhamad tidak lekang daripada memohon Allah memudahkan segala urusan mereka. Tidak mahu rasanya Allah menunjukkan sesuatu yang mengaibkan Mak Ngahnya.

Lama juga masa yang diambil untuk menguruskan jenazah kerana badannya yang besar. Usai urusan memandikan, jenazah perlu diangkat untuk dikafankan.

Kala ini Muhamad sekali lagi diuji, biar pun hampir sepuluh orang termasuk anak-anaknya mengangkat jenazah tetapi beratnya bukan kepalang. Hampir putus asa untuk mengangkat jenazah tersebut.

Setelah tiga kali mencuba, akhirnya jenazah mampu diangkat keluar dan dikafan. Anak-anaknya mengambil keputusan untuk lakukan solat jenazah di rumah sahaja apabila mengenangkan jenazah ibu mereka yang berat untuk diangkat.

Jenazah Terkeluar Keranda
Ketika jenazah diangkat untuk ke kubur, tiba-tiba anak sulung Allahyarham yang berada paling depan tersadung tunggul kayu lalu keranda yang digunakan untuk mengangkat jenazah terlepas lalu mayat tercampak keluar. Khalayak yang melihat kejadian ini menjadi kelam-kabut.

Sebagai keluarga terdekat, Muhamad segera mendapatkan jenazah dan meminta orang ramai mengangkatnya semula ke dalam keranda. Masya-Allah terlalu berat jenazah rasanya.

Namun dalam keadaan kelam-kabut dan berhempas-pulas akhirnya jenazah berjaya dikebumikan menjelang waktu Asar.

Setelah segalanya selesai, Muhamad cuba mendapatkan anak-anak arwah Mak Ngahnya. Biar pun Muhamad langsung tidak bertanya apa kejadian sebenar yang menimpa ibu mereka, tetapi anak sulungnya terus meminta agar Muhamad tidak mendedahkan aib yang telah berlaku pada ibu mereka.

Menurut anak sulung ibu saudaranya, Mak Ngah memang tidak pernah mendirikan solat sepanjang hidupnya. Malah ketika meninggal dunia dia masih berdandan kerana mahu menghadiri majlis makan malam bersama kawan-kawannya di hotel.
Sedih hati mereka apabila ibu yang mereka sangat sayangi pergi buat selamanya sebelum sempat bertaubat.

Selama ini, hampir berbuih mulut mereka anak-beranak menasihati sang ibu, tetapi ibarat mencurah air di daun keladi.

Semoga apa yang terjadi kepada Mak Ngah menjadi pengajaran buat semua. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, hanya dia yang layak disembah.

Sumber: Islamituindah.info

About admin

Awang Goneng memang suka cerita macam-macam!

View all posts by admin →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 + 8 =