(Video) Yatt Hamzah Kongsi Detik Cemas Bayi Terbelit Tali Pusat

Sumber Foto: nona

Sudah lama tak nampak Yatt Hamzah muncul di kaca drama televisyen, kan? Kini, pengacara dan pelakon Dunia Baru ini kerap menerima undangan sebagai ahli panel di forum-forum agama. Dia juga aktif di media sosial dan gemar berkongsi pengalaman hidup buat teladan pengikutnya.

Terbaru, Yatt memuat naik video detik cemas melahirkan cahaya mata yang ketiga. Video tersebut menyaksikan tali pusat melilit dua kali pada leher bayi tersebut. Namun, kelahiran puteri ketiganya selamat dilahirkan dengan bantuan doktor.

Tali pusat lilit leher anak

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar! Saya dengan rendah hati share moment detik2 cemas sebelum melahirkan #LilSuci #LilMujahidahSuci #BabyYH pada 1 April 2018 lalu tepat jam 12.10 pm. Hanya dengan 1 niat, agar ia dijadikan inspirasi buat para ibu ayah, yang bakal menimang cahaya mata buat kali pertama dan pengajaran buat anak2. Wallahi sungguh besar pengorbanan seorang wanita bergelar ibu. Sungguh tulus suci cinta mereka. Bila sudah menjadi ibu, barulah faham kasih dan pengorbanan ibu kita dahulu. Wahai para suami, hargailah dan cintailah isterimu kerana dia berjuang dengan nyawanya utk memberikanmu cahaya mata sbg waris legasimu. Tahniah IBU, kalian Mujahidah yg kuat. Semoga anak2 jadi syafaat utk mu ke Syurga. Ameen. . Perhatikan tali pusat yg melilit 2 kali leher #babyYH #LilSuci Alhamdulillah Allah selamatkan anak Bonda. ALLAHUAKBAR! . @zul.autkaz . ??@suhanakamal_ #BondaYH #yattmengayat #fromtheheartofaMujahidah #darihatiseorangMujahidah #yatthamzah #kisahlabourroomku #newborn #baby #motheranddaughter #labour

A post shared by www.fb.com/YATT.HARYATIHAMZAH (@yatthamzah_suci) on Apr 8, 2018 at 7:33am PDT

Pada 1 April lalu, pelakon Yatt Hamzah selamat melahirkan anak yang ketiga. Dia juga berkongsi video detik cemas semasa melahirkan anaknya itu. Video ini menyaksikan leher bayi ini dililit tali pusat sebanyak 2 lilitan. Bagaimanapun, bayi berkenaan selamat dilahirkan pada jam 12.10 tengah hari.

Sungguh besar pengorbanan ibu semasa melahirkan kita. Mereka mempertaruhkan nyawa dan mengharungi sakit semasa proses kelahiran anak yang dinanti.

Cepat masa berlalu

Terus dakap dan cium

Yatt dan suami bersyukur atas kelahiran cahaya mata ketiga ini. Ternyata dia terus mendakap dan cium puterinya ini sepuasnya selepas selamat melahirkan anak. Puteri ketiga Yatt diberi nama Suci Hayfaa Medina.

Credit: Yatt Hamzah

Sumber Ilham: ohbulan

Sumber Video: mstar

 

Artikel Berkaitan:

Yatt Hamzah Kongsi Momen Lahirkan Anak Ketiganya, Suci Hayfaa Medina

[VIDEO] Yatt Hamzah Kongsi Momen Lahirkan Anak Ketiganya, Suci Hayfaa Medina

Pada 1 April yang lalu, pelakon, Yatt Hamzah telah selamat melahirkan cahaya matanya yang ketiga selepas kandungannya ‘overdue’ selama 13 hari.

Bayi ketiganya ini dilahirkan secara normal di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur kira-kira jam 12.10 tengahari.

Terbaru, Yatt menerusi akaun Instagramnya telah berkongsi video yang merakamkan detik-detik dia melahirkan puteri ketiganya itu.

Menurut Yatt, dia berharap video yang dikongsikan olehnya ini dijadikan sebagai inspirasi buat pasangan suami isteri yang bakal menyambut kelahiran cahaya mata buat pertama kali dan juga sebagai pengajaran buat anak-anak tentang pengorbanan seorang ibu melahirkan anaknya.

A post shared by www.fb.com/YATT.HARYATIHAMZAH (@yatthamzah_suci) on Apr 8, 2018 at 7:33am PDT

“Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar! Saya dengan rendah hati share moment detik2 cemas sebelum melahirkan #LilSuci #LilMujahidahSuci #BabyYH pada 1 April 2018 lalu tepat jam 12.10 pm.

“Hanya dengan 1 niat, agar ia dijadikan inspirasi buat para ibu ayah, yang bakal menimang cahaya mata buat kali pertama dan pengajaran buat anak2. Wallahi sungguh besar pengorbanan seorang wanita bergelar ibu.

 

“Sungguh tulus suci cinta mereka. Bila sudah menjadi ibu, barulah faham kasih dan pengorbanan ibu kita dahulu. Wahai para suami, hargailah dan cintailah isterimu kerana dia berjuang dengan nyawanya utk memberikanmu cahaya mata sbg waris legasimu.

 

” Tahniah IBU, kalian Mujahidah yg kuat. Semoga anak2 jadi syafaat utk mu ke Syurga. Ameen.

 

“Perhatikan tali pusat yg melilit 2 kali leher #babyYH #LilSuci Alhamdulillah Allah selamatkan anak Bonda. ALLAHUAKBAR!,” tulis Yatt di ruang kapsyen perkongsiannya.

Sayu pula hati MH selepas melihat video yang dikongsi oleh Yatt ini, sesungguhnya pengorbanan seorang ibu itu sangat besar sehingga sanggup bertarung nyawa bagi melahirkan zuriatnya.

Dalam pada itu, Yatt juga turut mengumumkan nama puterinya ini pada perkongsiannya yang paling terbaru iaitu Suci Hayfaa Medina.

A post shared by www.fb.com/YATT.HARYATIHAMZAH (@yatthamzah_suci) on Apr 8, 2018 at 10:09am PDT

“BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

 

“Assalamualaikum. Seperti yang dijanjikan, Bonda akan isytiharkan nama #LilSuci pada hari ke – 7 iaitu Ahad 8 April 2018 sbg mengambil keberkatan sunnah Rasulullah SAW.

 

“Alhamdulillah Bonda dan Abah @zul.autkaz sepakat menamakan #babyYH #lilMujahidahSuci dengan nama SUCI HAYFAA MEDINA..❤

 

“Ada sesiapa tahu maksudnya???

 

“Semoga jadi Mujahidah Solehah, Hafizah yang cintakan Al-Quran. Ameen.

 

“Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar,” tulisnya.

MH doakan Suci Hayfaa Medina menjadi anak yang solehah buat ibu dan bapa serta sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan membesar dengan sihat.

Sumber Ilham: mediahiburan

About admin

Awang Goneng memang suka cerita macam-macam!

View all posts by admin →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen − three =