Lelaki ini berkongsi pengalaman bermain dengan gadis yang membuat ramai netizen terpana…

Aku ingin berkongsi pengalaman pertama aku bermain dengan perempuan. Ini bukan fantasi dan memang betul-betul terjadi. Tahun 2000 adalah tahun di mana ekenomi Malaysia agak lembab. Disebabkan gaji yang kena potong aku berpindah ke rumah sewa yang agak murah di luar Kuala Lumpur.

Aku menyewa sebuah rumah kampung berkongsi membayar dengan teman-teman yang lain. Disebabkan aku bekerja syiff, tidur aku tak menentu. Kalau kerja pagi aku tidur malam dan kalau kerja malam aku tidur sianglah.

Nak jadikan cerita jiran aku tu adalah sebuah keluarga kecil lebih kurang 3 orang anaknya. Yang bongsu 3 tahun, kedua 12thn dan yang ketiga anak gadisnya, berusia 18thn.

Jika aku pulang kerja syif malam aku senang membasuh terus pakaian aku dan akan aku sidai di ampaian yang bertentangan dgn bilik anak gadisnya yg sulung. Setiap kali aku menyidai kain bajuku, aku perasan ada sepasang mata di celah-celah tingkap cermin memerhatiku. Tapi aku syak mesti anak gadisnya itu. Tekaan aku rupanya tepat bila maknya memanggil..

“Yati!!!!”, lantas bergemalah satu suara dari bilik itu dan menyahut, “ya, mak!!!”.

Aku pendekkanlah ceritaku ini. Entah macamana pada hari yang lain aku menyidai kain bajuku, anak gadisnya juga menyidai kain bajunya juga kerana ampaian kami bertentangan kedudukannya. Maka dari peristiwa itulah titik tolak perkenalan kami. Setiap kali aku sidai baju mesti dia sidai baju juga dan kami sering bertanya kabar dan berbualbual mesra.

Satu hari dia tanya aku, “Siang ni you free tak?” Aku yang terpinga-pinga bertanya balik, “Ada apa?” “I nak tumpang bilik youlah, kawan you pun kerjakan?” Berderau darah aku lantas terpacul selamba suaraku “Eh… no problem” “Bilik u ada TV?” tanya dia lagi “Ada!!!” balasku dengan kehairanan “Kalau macam tu baguslah..u tunggu kat bilik, lagi 1/2 jam i datang.”

Aku pun dengan dada yg berdebar-debar menunggunya sambil memerhati jam di dinding dengan perasaan yg tak sabar. Setengah jam berlalu tiba2 Tuk! Tuk! Tuk! Pintu bilikku berbunyi. Tanpa membuang masa aku membuka pintu bilik dan Yati dengan tshirt ketatnya tersenyum sambil tangannya menjinjing beg plastik yg aku tak pasti apa isinya.

Tanpa membuang masa dia terus menuju dan men’switch on’kan tv aku dan terus membuka barang di dalam beg plastiknya. “U biasa main tak?” tanya Yati “Tak biasa” jawab aku “Tak pe i ajar u, step by step. U tengok i punya permainan dan lepas tu u pulak main, nanti dak okey kita main sama2.”ujarnya panjang lebar.

Tak sampai 1 jam permainan yang diajar oleh Yati, aku dah okey dalam permainanku dan kami kini bermain bersama-sama. Kadang-kadang turn aku dulu kemudian turn dia pulak.

Fuhhhh… .Syok ape… Gian beb, dan dengan selamba aku pun tanya,

“Eh, mahal tak Playstation yang u beli nie?” tanya aku

“Mahal juga, itupun ayah yang belikan” jawab Yati

“I ingat nak belilah satu, bulan depan” aku bersuara dgn penuh minat

“Eloklah, esok nanti Yati tak yah nak bawak Yati punya PS lagi” Yati menjawab dgn senyum. Lebih kurang 2 jam bermain, Yati minta diri dan kami bersalaman.

Untuk kekawan, itulah pengalaman pertama aku bermain Playstation dengan seorang awek. Aku harap korang terangsang dengan cerita benar aku ini… .

Main PS rupanya..

Kui kui kui.. jangan marah yer, artikel sekadar santai..

Pengalaman EMMA tidur dengan laki orang.

Kawan saya ini (Bukan nama sebenar Ema, 25 tahun) bekerja dengan satu syarikat konsultan yang tidak terlalu besar dan jawatan sebagai assistant, salah seorang rakan sepejabat di konsultan tersebut (Kita sebut saja namanya Andy).

Ema sangat mengkagumi dan meminati profil serta karakter Andy. Sebut saja semua hal yang baik, maka Andy memilikinya.

Otak yang cemerlang, sikap yang profesionaldan gentleman, penampilan yang selalu rapi and nice looking serta usia baru 34 tahun (waktu itu).

Ema pula adalah seorang wanita yang memiliki segala yang diidamkan oleh seorang lelaki,bentuk tubuh yang sempurna,paras yang cantik,fikiran matang serta bijak,berpewatakan ceria & suka tersenyum.

Disebabkan Ema selalu bertugas bersama Andy maka Ema akhirnya mulai meminati Andy lebih dari team partner & Ema membiarkan saja perasaannya kepada Andy tumbuh tanpa halangan.

Semakin hari dia semakin jatuh hati kepada Andy.
Andy bukannya tidak tahu akan hal itu tetapi sikapnya yang profesional di pejabat yang tidak membiarkan hal-hal pribadi mencampuri urusan pejabat membuat Ema semakin mengkagumi peribadi Andy.

Suatu hari urusan pejabat membuat mereka berdua harus pergi kebeberapa lokasi di seluruh Negara. Inilah ceritanya.

Untuk memudahkan pergerakan, mereka naik pesawat ke Penang dan menyewa kereta untuk melakukan perjalanan darat di sekitar B’worth , Perak, Kedah dan Perlis dalam rangka melakukan suatu survey khusus untuk kepentingan klien.

Entah bagaimana silapnya mereka, pada waktu malam menginap di sebuah hotel kecil. Sebenarnya Andy ingin memesan 2 kamar tetapi kerana hanya ada 1 kamar maka dia meminta pendapat Ema

Kerana memang sudah sangat penat Ema setuju untuk sekamar dengan Andy (sebenarnya Ema agak “sedikit senang” dengan kondisi darurat tersebut)! Kerana berasa panas, maka Andy membuka jendela Hotel.

Masalahnya, bilik tersbut hanya memiliki 1 katil berukuran panjang dan tidak memiliki kerusi panjang. Tidak mungkin bagi Ema untuk meminta Andy tidur di lantai.

Jadi akhirnya mereka tidur sekatil setelah Andy berjanji bahwa dia tidak akan melakukan hal yang bukan- bukan.

Sebenarnya Ema tidak pernah tidur sekatil dengan seorang lelaki apatah lagi Andy adalah suami orang! Sebagai seorang wanita jantungnya berdebar sangat kencang kerana tidur seranjang dengan lelaki sopan yang sangat diadmirekannnya.

Kaki mereka beberapa kali saling bersentuhan kerana katilnya memang kecil.

Setelah setengah jam, angin malam yang masuk melalui jendela membuat Ema merasa kedinginan sehingga dia memberanikan diri bertanya kepada Andy:

“Abang Andy, Ema kesejukan nih. Boleh tak minta tolong supa tutup tingkap?”

Andy tidak langsung menjawab dan Ema berpikir Andy sudah tertidur sehingga dia berkata lagi: “Abg Andy…”

Kali ini Andy langsung menjawab: “Ema, kamu kesejukan ya? MAUKAH KAMU MALAM INI KAMU BERTINDAK SEPERTI ISTERI SAYA?”

Jantung Ema terasa berhenti berdetik.
Jantungnya langsung gemuruh mendengar pertanyaan Andy.

Dengan hati-hati ia bertanya: “Maksud abg Andy?” “Maksud saya, bolehkah Ema tolong tutupkan sendiri tingkap yang terbuka tu, seperti yang selalu dibuat oleh isteri saya dirumah?!”

Wah, wah,wah…tekun baca nmpak…

Tension kan . Boleh imagine muka semua orang. Dah sekarang boleh balik buat kerja yang patut dibuat.

Sumber: teabengviral

About admin

Awang Goneng memang suka cerita macam-macam!

View all posts by admin →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two + 3 =