Anda Penggemar Tembikai? Kami Kongsikan Petua Supaya Tembikai Anda Sentiasa Segar Untuk Dinikmati

Tembikai menjadi kegemaran ramai tidak hanya kerana rasanya yang manis tetapi buah ini juga memiliki khasiat yang tersendiri.

Tembikai memiliki 92% air dan kira-kira 7.5% karbohidrat. Selain itu, ia juga kaya dengan nutrien, memiliki jumlah kalori yang sangat rendah.

Kebanyakan anatara kita mungkin tidak tahu akan sesuatu yang menarik tentang tembikai. Lazimnya tembikai yang telah dipotong akan dibalut dan disimpan di dalam peti sejuk. Tahukah anda sebenarnya cara penyimpanan tersebut sebenarnya salah? Mengapa?

Untuk pengetahuan anda tembikai yang tidak dimasukkan ke dalam peti sejuk walaupun dibalut dengan pembalut plastik akan menarik lebih banyak kuman sekitar 20 ribu bakteria di lapisan atasnya.

Kuman sebenarnya suka akan ruangan yang tertutup ditambah lagi dengan kemanisan tembikai pastinya akan membuatkan lebih banyak kuman padanya.

Jika anda memiliki tembikai yang tidak habis dimakan, anda hanya perlu masukkannya ke dalam peti ais tanpa dibalut plastik. Dengan cara itu tembikai anda akan menjadi sentiasa segar dan kurang bakteria.

Terdapat lima cara lain untuk memastikan tembikai anda sentiasa segar:

1. Cara memilih tembikai yang betul ketika membeli: Apa yang perlu dilakukan ialah perhatikan lingkaran di bawah tembikai. Semakin kecil bulatan tersebut semakin manis tembikai itu. warna tembikai juga harus diperhatikan.

Pilih warna yang benar-benar hijau jangan ada yang pucat. Tangkainya juga sebaiknya tidak berbentuk lurus.

2. Jangan beli tembikai yang sudah dipotong: Tembikai yang sudah dipotong dikhuatiri telah dijangkiti bakteria.

3. Potong tembikai dengan jumlah yang anda mahu: Tembikai yang dipotong haruslah tidak melebihi keperluan anda. Pastikan anda tidak memotongnya dalam jumlah yang banyak sehingga anda harus menyimpannya semula selepas dipotong.

Tembikai memiliki rasa yang manis dan hal ini akan membuatkan kuman sangat suka akannya. Sebaiknya makan tembikai dengan segera selepas dipotong.

4. Jangan makan tembikai menggunakan garfu: Hal ini kerana jika kita makan menggunakan garfu, lama-lama tembikai akan terkena air liur. Air liur itulah yang akan mempercepatkan perkembangan bakteria.

5. Tembikai yang tidak habis dimakan haruslah disimpan di dalam peti sejuk tanpa dibalut. Tembikai juga tidak boleh disimpan dalam jangka waktu yang lama. Sebaik-baiknya tembikai dimakan dalam tempoh 24jam.

Selamat mencuba!

Sumber : Islamik Info

 

8 Khasiat Buah Tembikai Untuk Kesihatan

1. Mencegah penyakit asma

Kandungan vitamin C dalam buah tembikai adalah salah satu nutrien yang dapat mencegah penyakit asma .

2. Mengawal tekanan darah

Satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Hypertension mendapati bahawa suplemen ekstrak buah tembikai mampu mengurangkan tekanan darah pada pergelangan kaki, tekanan darah brachial dan pantulan gelombang karotid  di kalangan orang dewasa pertengahan umur yang mempunyai masalah kegemukan dengan prehypertensi atau  hipertensi peringkat 1 dan ekstrak tembikai pula dapat memperbaiki fungsi arteri menjadi lebih baik.

Diet yang kaya dengan lycopene pula boleh membantu melindungi daripada penyakit jantung.

3. Mencegah Kanser

Sebagai sumber yang sangat kaya dengan vitamin C dan kandungan antioksidan yang tinggi serta antioksidan lain, tembikai boleh membantu memerangi pembentukan radikal bebas yang sedia maklum boleh menyebabkan kanser. Pengambilan Lycopene telah dikaitkan dapat merendahkan risiko dan pencegahan kanser prostat dalam beberapa kajian.

4. Membantu Penghadaman

Kandungan air dan gentian dalam tembikai dapat   membantu mencegah sembelit dan menggalakkan kekerapan untuk saluran penghadaman yang sihat.

5. Penghidratan

Mengandungi  92% air dan penuh dengan elektrolit penting, tembikai adalah makanan ringan yang baik mengatasi masalah badan terhidrasi semasa bulan Ramadhan ini.

6. Mengatasi masalah keradangan

Choline adalah nutrien yang sangat penting dan serba boleh yang terkandung dalam tembikai . Ia membantu badan kita semasa tidur, pergerakan otot, pembelajaran dan ingatan. Choline juga membantu untuk mengekalkan struktur membran sel, membantu dalam penghantaran impuls saraf, membantu dalam penyerapan lemak dan mengurangkan keradangan  kronik

7. Mengurangkan kesakitan Otot 

Tembikai dan jus tembikai telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan otot dan meningkatkan masa pemulihan selepas latihan dalam atlet. Penyelidik percaya yang  asid amino L-citrullineyang terkandung dalam tembikai yang membawa kepada kelebihan tersebut.

8. Kulit yang sihat 

Tembikai juga baik untuk kulit anda kerana ia mengandungi vitamin A, sejenis nutrien yang diperlukan untuk pengeluaran sebum dalam mengekalkan rambut yang  lembap. Vitamin A juga diperlukan untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk kulit dan rambut.

Pengambilan yang mencukupi vitamin C (satu cawan tembikai menyediakan 21% daripada keperluan harian) juga diperlukan untuk pembinaan dan penyelenggaraan kolagen, yang menyediakan struktur untuk kulit dan rambut. Tembikai juga menyumbang kepada penghidratan secara keseluruhan,  untuk mempunyai kulit  dan rambut yang sihat.

Sumber : wanista

About admin

Awang Goneng memang suka cerita macam-macam!

View all posts by admin →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 + 1 =