Adakah Bentuk Hidung Mencerminkan Personaliti Anda? Jom Tengok

Hai, tengah fikir pasal kos sara hidup lagi ke? Bertenang dulu, mari rehatkan minda sekejap. Hari ini kita teruskan dengan permainan yang seterusnya, kali ini lebih ringkas daripada yang sebelumnya.

Game jenis santai yang berkait dengan personaliti diri ni memang seronok, daripada tarikh lahir, tapak tangan sampai lah ke bentuk hidung pun orang buat andaian. Tetapi seperti apa yang pernah saya katakan dahulu, ini adalah sekadar permainan sahaja, jangan ambil serius. Tiada satu kajian atau penelitian pun yang mengesahkan bentuk hidung berkait rapat dengan personaliti seseorang.

Untuk permainan kali ini sangat mudah, apa yang anda perlukan adalah cermin untuk tengok bentuk hidung, kalau tak ada boleh buka kamera telefon. Langkah seterusnya, pilih bentuk hidung anda berdasarkan nombor 1 hingga 8.

Jika anda sudah bersedia boleh mula sekarang, kalau belum sedia boleh buat aktiviti lain seperti basuh pinggan, lipat baju atau pergi sambung buat kerja.

Menurut permainan ini, bentuk hidung mencerminkan personaliti diri anda. Jadi ini huraian personaliti mengikut bentuk hidung.

1. Nubian Nose

Anda seorang yang optimis dan pandai mencari penyelesaian kepada apa jua keadaan atau masalah. Anda suka membantu orang lain dan akan memastikan semua orang di sekeliling berasa selesa dengan anda. Dalam masa yang sama, anda juga mempunyai sifat ingin tahu yang lebih daripada orang lain.

2. Greek Nose

Orang yang memiliki hidung seperti ini jenis yang setia dan disegani. Anda mengambil pandangan yang praktikal dalam kehidupan. Anda tidak suka dengan perhatian dan berusaha menjauhinya. Tidak suka bercakap banyak sehingga dilabel berat mulut.

3. Roman Nose

Roman nose mempunyai bentuk hidung dengan tonjolan dibahagian lengkungan dan hujungnya mengarah ke bawah. Orang yang memiliki bentuk hidung ini dikatakan mempunyai daya pemikiran yang luar biasa dan kreatif.

Seorang yang bersemangat bila memberi pendapat, tegas dan mempertahankan prinsipnya. Dan anda rela berjuang bermati-matian demi mencapai sesuatu tujuan.

4. Aquiline nose

Berbanggalah jika memiliki hidung seperti ini. Anda digambarkan seorang yang jujur dan mampu menyelesaikan masalah walau sesukar mana sekalipun. Anda memang dilahirkan sebagai seorang yang pandai mengurus.

5. Blunt Nose

Anda seorang yang tidak menentu apabila membuat keputusan dan selalunya keputusan anda tidak diterima oleh orang sekeliling. Orang yang memiliki hidung seperti ini akan berusaha untuk perkara yang diinginkan dan biasanya membuahkan berhasil.

6. Hidung Lurus

Anda adalah seorang yang cepat marah. Anda mempunyai satu perangai iaitu tidak suka diremehkan. Jika orang berurusan dengan anda, mereka akan memilih cara paling baik untuk mengelak dari sifat panas baran anda.

7. Hidung Dengan Benjolan Kecil

Anda seorang yang murah hati dan tidak kedekut berkongsi sesuatu dengan orang yang anda suka. Anda sangat ringan tulang dalam membantu orang lain, ramai orang menghargai anda. Selain itu, anda sentiasa berwaspada sebelum berkata-kata bagi mengelak orang lain tersinggung.

8. Hidung Dengan Benjolan Besar

Anda adalah seorang yang sensitif dan boleh merasakan cinta. Anda juga sangat mudah untuk menyanyangi orang lain, oleh sebab itu anda mudah mendapat kawan baru. Dalam pada masa yang sama, anda seorang yang serius jika melakukan sesuatu pekerjaan dan dipercayai.

Baik setakat itu sahaja. Bagaimana dengan bentuk hidung anda, antara 1-8 ada yang sama tak? Jadi, adakah betul bentuk hidung mencerminkan personaliti seseorang? Betul atau tidak, jawapan ada pada anda dan bergantung pada cara anda berfikir.

Siapa yang nak mancungkan hidung tu dah boleh ubah perangai sikit-sikit. Hahahahha. Saja buat lawak hambar biar anda ceria sikit hari ni.

About admin

Awang Goneng memang suka cerita macam-macam!

View all posts by admin →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × three =