(Video) Remaja OKU dibuli sebelum telefon dan wangnya disamun dua lelaki

Viral di media sosial video seorang remaja OKU dibuli oleh dua lelaki sebelum menyamun telefon bimbitnya serta wang tunai.

Menurut Nur Izzara Aisha yang memuat naik gambar dan video kejadian di Facebooknya itu berkata, kejadian itu berlaku di padang permainan di taman perumahan di Taman Sri Kluang.

“Kejadian membuli dan mencuri telefon bimbit milik seorang anak kurang upaya (OKU).

“Mohd Nor Akmal dibuli di padang permainan di rumah murah Taman Sri Kluang serta telefon bimbitnya jenama Samsung J2 dan wang belanjanya dalam beg merah telah diambil dua lelaki terbabit,” tulisnya.

Berdasarkan video tersebut, mangsa ditolak beberapa kali oleh suspek yang dikenali sebagai Boy, manakala rakan suspek pula merakam video kejadian itu.

Sesekali mangsa cuba menolak suspek agar berhenti dari mendekati dan mengapa-apakannya. Malangnya, suspek menolak lehernya dengan kuat sehingga menyebabkan mangsa tercekik menahan kesakitan.

Sementara itu di media sosial, netizen mengutuk tindakan suspek dan menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap dua remaja terbabit.

Nur Izzara turut berkongsi ID Facebook suspek, bagaimanapun akaun Facebook berkenaan telah dipadamkan berikutan kes itu mula viral di media sosial.

“Seriously saya menangis tengok video ini sebab terbayangkan anak buah saya sendiri yang juga OKU,” katanya yang juga berharap remaja terbabit mendapat balasan setimpal.



Difahamkan, laporan polis telah dibuat oleh keluarga mangsa dan berdasarkan laporan tersebut, polis telah menahan remaja berkenaan dan dibawa ke balai untuk tindakan selanjutnya.

Sumber : The Reporter

Artikel berkenaan

KEJI DAN KEJAM: 5 KES BULI DI MALAYSIA YANG PALING MENYAYAT HATI.

1. Pelajar tahun akhir UPNM ditemui dengan bekas terbakar (2017)

 

Pada 1 Jun 2017 yang lalu, kita digemparkan dengan berita kematian pelajar tahun akhir UPNM yang juga sorang pegawai kadet laut. Allahyarham yang bernama Zulfarhan Osman Zulkarnain ditemui dengan bekas terbakar dan lebam di tingkat 25 pangsapuri di Sepang. Adik Farhan dikatakan dibelasah menggunakan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sebelum ditekap dengan iron steam di seluruh badansehingga parah sebelum meninggal dunia.

Macam mana semua ni boleh berlaku? Ceritanya bermula bila salah seorang kawan adik Farhan hilang laptop dan pergi jumpa bomoh. Lepas tu bomoh bagitau adik Farhan yang curi laptop tu. Dek kerana percaya dengan kata-kata bomoh, so suspek paksa adik Farhan mengaku curi laptop yang hilang tu.

Mengikut berita daripada Astro Awani, adik Farhan telah ditekap dengan iron steam pada 21 Mei. Namun pada 27 Mei bila keadaan dia dah semakin parah barulah dua orang kawannya membawa dia ke klinik di Bangi untuk mendapatkan rawatan. Empat hari kemudian, sekali lagi dia dibawak ke klinik sebelum dirujuk ke hospital dan disahkan meninggal dunia kat Hospital Serdang.

Sehingga hari ni, polis dah tahan 36 suspek yang berusia 20 hingga 21 tahun (32 orang adalah penuntut UPNM  dan 4 lagi adalah penuntut UNITEN)  bagi membantu siasatan. Dorang ni semua disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh, dan jika dorang ni disabit kesalahan, boleh bawak kepada hukuman gantung sampai mati.

2. Dibelasah bertubi-tubi sehingga menerima 8 jahitan di bibir (2016)

Kisah ni berlaku pada awal tahun 2016 dimana seorang pelajar berumur 14 tahun ni ternampak kawan dia kena buli so dia pun pergi lah nasihat pembuli tu supaya berhenti membuli kawannya. Bagus adik ni sebab berani tegur pembuli tu. Tapi, hal ni tak settle kat situ je.

Kira-kira jam 12.20 pagi waktu semua pelajar lain dah tidur, tiga pembuli yang berumur 16 tahun tadi tu menyerbu masuk asrama tempat dia tidur dan membawak mangsa ke satu lokasi berhampiran. Kat situlah dia dipaksa diam sebelum dipukul, ditendang dan ditumbuk bertubi-tubi termasuk menggunakan kasut. Lepas dah kena tibai, dia disuruh balik ke asrama dan tiga orang senior (pembuli) tu mengugut supaya tak ceritakan hal ni kat sesiapa, kalau tak nak kena pukul lagi.

Tapi akhirnya adik ni mengadu kat warden sebab dia mengalami pendarahan yang teruk dan tak tahan sakit. Bila doktor bagitau mangsa mungkin akan mengalami kecacatan kekal dan perlu mendapat kebenaran untuk membuat pembedahan, so pihak hospital call ibu mangsa. Ibu mangsa kesal gila sebab kejadian buli yang berlaku kat Sekolah Berpretasi Tinggi (SBP) menyebabkan anaknya masih trauma hingga sekarang.

Kesian kan? Setelah setahun lebih kejadian ni berlaku, kita pun tak tahu mangsa tu masih trauma atau tak sebab ada kajian yang menunjukkan bahawa beberapa mangsa buli akan terkesan secara psikologi dalam jangka masa panjang.

3. Ditendang di kepala – saluran darah ke bahagian kepala putus (2015)

Pada tahun 2015, Mohamad Nur Abrar Akram pelajar berusia 16 tahun dari Sekolah Vokasional di Bachok, Kelantan telah meninggal dunia selepas ditendang di bahagian kepala.

Menurut kenyataan dari Harian Metro, mangsa dipukul oleh seniornya pada jam 11:50 malam di dalam bilik asramanya. Tapi apa motif sebenar senior ni tendang kepala adik Abrar? Motif sebenarnya adalah adik Abrar dikatakan tak menghormati senior yang lain, so senior tu macam tak puas hati lah

Apa yang menyedihkan, senior tu tendang di bahagian leher kanannya sebanyak dua kali hingga menyebabkan saluran darah ke bahagian kepala putus. Lepas tu mangsa terus tak sedarkan diri dan dibawak ke klinik kesihatan berdekatan sebelum disahkan meninggal pada jam 1.30 pagi.

“Mangsa putus saluran darah di bahagian otak akibat terkena sepakan maut daripada suspek.”-Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.

4. Ikat zakar dengan tali dan disambungkan pada kipas siling! (1989)

 

Cuba korang yang lelaki bayangkan zakar korang kena ikat dengan tali yang disambungkan pada kipas siling yang dihidupkan. Ushhh! Ok sekarang korang dapat bayangkan tak perasaan dan kesakitan mangsa pada waktu tu?? Mesti ngeri kan.

Untuk pengetahuan korang, kes ini adalah antara kes buli yang pernah femes. Ia jugak bersifat “barbaric” (sangat kejam) dan “sadistic” (penyeksaan untuk mendapat keseronokan) yang pernah berlaku kat Malaysia pada tahun 1989.

Kes ini melibatkan enam orang senior tahun akhir dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM) yang mendera enam orang junior dari universiti yang sama.Kejadian berlaku di rumah sewa para pelajar senior itu yang terletak 2km dari kampus universiti.

Untuk pengetahuan korang, dorang bukan sahaja diikat zakar dengan tali yang disambungkan pada kipas siling, tapi turut ditampar, dipaksa menari dalam keadaan bogel dan apabila kipas dihidupkan,dorang terpaksa berlari mengikut pusingan kipas akibat kemaluan dorang yang sedang terikat.

Bila pihak lembaga disiplin UPM mendapat aduan pasal kes ni kesemua pelajar senior yang membuli tu telah dikenakan tindakan; tiga orang dibuang daripada universiti, manakala dua orang lagi telah digantung pengajian selama dua semester. Tapi yang sorang tu pulak dibebaskan daripada tuduhan dan hanya diberi teguran sebab dia hanya sekadar menjadi pemerhati je

5. Maut akibat rosak organ dalaman setelah dibelasah dalam tandas sekolah (1988)

Pada tahun 1988, masyarakat Malaysia telah digemparkan dengan satu kes buli yang berakhir dengan kematian yang melibatkan seorang pelajar berusia 17 tahun dari Sekolah Menengah Teknik (SMT) Cheras.

Allahyarham yang bernama Hishamuddin meninggal dunia akibat kerosakan organ dalaman badannya lepas kena pukul dalam tandassekolah oleh beberapa orang bekas pelajar sekolah tersebut. Waktu tu, bekas pelajar SMT Cheras datang ke sekolah untuk ambil result SPM.

Lepas kena belasah tu, dia mintak kebenaran dengan cikgu kelasnya untuk balik ke asrama dengan alasan tak sihat, walhal dah kena belasah teruk dengan senior. Pada pukul 7.30 malam hari yang sama, beberapa orang students asrama bagitau warden yang Hishamuddin sedang sakit. Lepas tu, warden asrama pun bawak dia ke hospital dan beberapa jam lepas tu doktor sahkan Hishamuddin telah meninggal dunia disebabkan sakit di dalam perut.

Namun hal ni tak settle setakat tu je sebab ayah Hishamuddin buat laporan polis dan kejadian ini bertukar jadi kes jenayah. Bila kes ni disiasat, dua orang bekas pelajar SMT Cheras telah didakwa menyebabkan kematian Hishamuddin. Perbicaraan kes ni berlarutan di mahkamah juvana hingga awal 1990.

Tapi apa yang agak menyedihkan, pada Januari 1990 pelajar tersebut telah dibebaskan daripada pertuduhan dengan alasan “the prosecution had failed to prove a prima facie case against the 19-year old”, “the prosecution had failed to prove the ingredients of the charge”. Dalam erti kata lain, bekas pelajar ni tak dapat dibuktikan bersalah sebab kekurangan saksi yang menyakinkan.

Credit:soscili

About admin

Awang Goneng memang suka cerita macam-macam!

View all posts by admin →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 2 =