Pekerja Jalanraya Menemukan Keranda Dengan Mumia Berusia 700 Tahun Di Dalam…

Pekerja jalan raya di timur China diberi tugas memperluaskan jalan raya di bandar Taizhou, di Wilayah Jiangsu.

Semasa mereka sedang menggali lubang kira-kira 6 kaki di bawah permukaan tanah, mereka mendapati sesuatu secara kebetulan tanpa mereka sedari. Mereka ‘terkena’ sesuatu yang padat ketika menggali dan setelah diselidiki mereka menyedari bahawa mereka sebenarnya telah menjumpai satu makam yang dikebumikan.

Kerana tidak mahu mengganggu atau memindahkannya, mereka tahu sudah tiba masanya untuk mereka memanggil ahli arkeologi profesional untuk menggali dan mendedahkan misteri ini.

Selepas ahli arkeologi tiba, mereka mendapati bahawa keranda itu berusia lebih dari 700 tahun. Mereka telah mendokumentasikan seluruh proses itu dan berkongsi dengan seluruh dunia.

Tunggu sehingga anda melihat semua gambar yang mereka ambil, menunjukkan langkah demi langkah saat dari keranda itu dibuka.

Inilah makam setelah digali. Seluruh pasukan bekerjasama untuk membuka keranda itu tanpa mengganggu kandungan didalamnya.

Pasukan ini bersedia untuk melihat apa yang ada di dalamnya untuk pertama kalinya selepas dikebumikan selama lebih dari 700 tahun.

Penutup pada makam batu itu adalah kotak kayu.

Selepas membuka keranda itu, mereka mendapati bahawa didalamnya adalah sutera dan linen yang sangat jarang ditemui terlentang didalam sejenis cecair berwarna coklat.

Mereka menemui mumia seorang wanita di bawah semua lapisan kain ini.

Mereka kagum melihat keadaan mayat dan kandungan didalamnya berada di dalam keadaan yang hampir sempurna walaupun ditanam di bawah tanah selama lebih dari 700 tahun.

Mereka menganggap mumia itu adalah daripada orang kenamaan pada zaman Dinasti Ming.

Dia dihiasi dengan barang kemas yang cantik dari masa dan zaman yang sama.

Pasukan itu dengan berhati-hati mengeluarkan mayat wanita itu dari kuburnya untuk pertama kalinya sejak menjadi mumia.

Dia dibalut dengan banyak lapisan kain yang jarang ditemui yang sememangnya biasa bagi kalangan orang kenamaan pada zaman Dinasti Ming.

Semua yang terpelihara adalah sangat luar biasa. Dia juga mempunyai keningnya yang masih melekat.

Gambar jarak dekat ini menunjukkan betapa baiknya mayatnya terpelihara.

Ini adalah penemuan yang jarang sekali berlaku dan dengan kemajuan arkeologi hari ini, mumia ini akan dipelihara di dalam sebuah muzium.

Satu penemuan yang menakjubkan tanpa disengajakan. Penemuan ini akan menjawab pelbagai persoalan mengenai Dinasti Ming dan bandar terlarang di China. Selepas menggali tapak itu lagi, ahli arkeologi menemui 2 keranda lain yang sedang dalam penyelidikan sekarang.

Saya pasti kita akan melihat lebih banyak cerita ini pada masa depan apabila data siap dianalisis. Hanya masa yang akan menemui rahsia yang indah dari masa lalu.

 

sumber : orangkampungkita.com

About admin

Awang Goneng memang suka cerita macam-macam!

View all posts by admin →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × 1 =