Ziana Zain ‘Balas’ Kecaman Netizen Tentang Suami Dan Kemelut Yang Dihadapinya..

Petaling Jaya: Malaysia sekarang telah di gemparkan dengan kes Ziana Zain di mana dia telah membuat laporan polis mendakwa suaminya mendera anaknya.

Tidah tahan di gasak dengan kritikan negatif netizen, Ziana Zain akhirnya tampil ‘menegur’ netizen yang mempertikaikan tindakan nya membuat laporan polis terhadap suami. Kata kata sekaligus memberi bayangan ada sebab beliau bertindak demikian.

Rata rata peminat Ziana Zain yang dulunya menyokong sekarang telah mengkritik tindakannya. Ramai peminatnye dahulu tidak bersetuju dan menganggap apa yang di lakukan oleh suaminya adalah sekadar untuk mendidik anaknya untuk menjadi insan berguna, lagi lagi dengan didikan agama.

Menerusi Instagram, Ziana dikatakan membuat naik kenyataan yang di tujukan kepada netizen bahawa jangan menilai jalan beliau jika mereka tidak pernah melaluinya.

Sekaligus menemplak kaki kecam yang acah acah tahu segalanya apa yang terjadi.

Kita sebagai orang luar, jangan lah memberi andaian yang tidak betul. Kita sememangnya tidak tahu apa yang terjadi.

Jangan lah kite memihak di antara mereka kerana kite sendiri tidak tahu kebenaranya.

Dan rasanya armin pun bukannya tak sayang anak, mungkin sebab dia ajar anak solat,sbb nak anak jadi anak baik. Tapi mungkin dia tak dapat kawal perasaan marah dan mungkin setiap kali macam itu,

ibu mana la tahan melihat anak yang di sayangi di pukul macam itu sampai berbekas dan lebam. Mungkin sebelum ini Ziana sudah halang tapi masih berterusan, mungkin itu sebab lah ziana tak ada pilihan lain…

Namun semua ini hanya andaian, yg selebihnya mana kita tahu.

Mari kita tonton video dibawah untuk melihat apa yang di tegur oleh Ziana Zain.

sumber Youtube DivaGojes17

sumber : superlicious

Artikel Berkaitan:

Ziana Menangis, Sebak Ketika Menyanyi Di Pentas

TABAH… Persembahan penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain terhenti seketika membuatkan suasana jadi hening namun penonton jelas mengerti apa yang sedang bermain di fikirannya.

Artis tersebut dikatakan ‘tewas’ tidak mampu menahan kesedihan apabila secara tiba-tiba menitiskan air mata sambil ditenangkan dengan sorakan sokongan peminat ketika mereka menyaksikan persembahan berkenaan.

Menurut portal tempatan MStar Online, riak kesedihan Ziana jelas terserlah sewaktu menyanyikan lagu popularnya Puncak Kasih menerusi satu persembahan eksklusif di sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur lewat malam Sabtu.

Ziana Menangis, Sebak Ketika Menyanyi Di Pentas

Saat itu, dia tidak dapat meneruskan nyanyian dan terus membiarkan sahaja muzik berkenaan terpasang. Penonton bagaimanapun berusaha membantu Ziana dengan menyanyikan sambungan bait lagu berkenaan tanpa diminta.

“Saya masih tabah. Sebagai selebriti, pelbagai perkara boleh berlaku. Tapi kena ‘move on’ dan teruskan kerjaya,” demikian kata Ziana atau nama penuhnya Siti Roziana Zain, 49, yang dipetik media sejurus habis persembahan.

Terdahulu, Ziana meminta agar diberikan ruang untuk memberi sebarang kenyataan berhubung tuduhan ke atas suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambrididakwa pada 6 Mac lalu atas tuduhan mencederakan anak lelaki mereka.

Ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor, Armin, 53, yang tidak bekerja mengaku sebagai tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin

Mengikut pertuduhan, Armin didakwa menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap anaknya dengan menggunakan rotan dalam insiden di rumahnya di Denai Alam pada jam 4 pagi pada 25 Februari lalu.

Berikutan itu, kes Armin didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan sekali gus menggemparkan perhatian seluruh negara.

Ziana Zain tidak dapat menahan kesedihan ketika menyanyikan lagu Puncak Kasih. Artikel penuh di instastory #mstaronline #zianazain #puncakkasih

A post shared by mStar Online (@mstaronlineofficial) on 

Sumber Ilham: mynewshub

About admin

Awang Goneng memang suka cerita macam-macam!

View all posts by admin →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen + nine =