Kenapa G-Shock Digilai Ramai? Ini Sejarah Jam G-Shock Yang Perlu Anda Tahu

Mesti ramai yang tertanya-tanya dari mana asal usulnya kewujudan jam G-Shock ni sehingga ia menjadi top dan digilai ramai. Ini merupakan perkongsian sejarah jam Gshock yang perlu anda tahu.

Terkenal dengan sebuah jenama jam yang tahan lasak. Tahun ini, 2017 merupakan tahun ke-34 jam tangan model G-SHOCK dari brand Casio ini telah wujud di dunia.

Dengan pelancaran jam tangan pertama pada tahun 1974, Casio (Syarikat induk untuk G-Shock) memasuki pasaran sebagai industri jam tangan yang baru dengan mengetengahkan jam berteknologi digital.

Sebagai sebuah syarikat dengan teknologi elektronik canggih yang dibangunkan untuk kalkulator, Casio memasuki pasaran dengan keyakinan bahawa jam tangannya akan menjadi pemimpin besar dalam pasaran.

Dalam membangunkan jam tangannya, Casio bermula dengan soalan asas,

“Apakah itu jam tangan?”

Daripada membuat versi digital jam tangan mekanikal, Casio merasakan bahawa jam tangan yang ideal harus menjadi jam tangan yang secara konsisten boleh menunjukkan masa yang tepat.

Berdasarkan misi Casio ini, mereka dapat membuat jam tangan yang dapat menunjukkan dengan tepat bermula dari detik, minit, jam, hari, dan bulan.

Dan pada tahun 1974 Casio melancarkan CASIOTRON, jam tangan digital pertama di dunia dengan kalendar automatik.

1974 Casiotron

G-SHOCK adalah jam tangan yang sangat kental, yang dilahirkan oleh jurutera Casio tentang “Jam tangan yang tidak akan patah” dengan konsep pembangunan Triple 10.

Pasukan reka bentuk mencari rekaan jam tangan yang boleh tahan jatuh dari ketinggian 10 meter, kalis air dan boleh memasuki kedalaman 10 bar (100 meter) dalam air dan jangka hayat baterinya boleh bertahan selama 10 tahun.

Bilangan prototaip yang dibuat untuk ujian ketahanan ini adalah sebanyak 200 buah. Dan diperlukan masa selama 2 tahun untuk terus membangunkan reka bentuk ini demi untuk meningkatkan kualitinya.

Selepas proses percubaan yang panjang dan sukar, akhirnya G-SHOCK dilancarkan.

Kita berterima kasih kepada ‘The Father Of GShock’, Kikuo Ibe, kerana beliau, kita dapat menikmati jam tangan yang begitu kukuh dan lasak yang wujud dalam dunia ini.

Pada mulanya, ia tidak berjaya dan masih pecah apabila dijatuhkan pada had ketinggian yang mereka mahu.

“Saya membuat saiznya besar, tetapi ia masih hancur, saya juga membuat jam tangan dengan getah dan sebesar bola tenis baru dan SHOCK. Akhirnya saya menjadikannya kepada size yang lebih kecil.”

Tetapi malangnya, apabila ujian dilakukan pada lantai yang ketiga dan jatuh, ia masih lagi tidak sesuai dan menepati kriterianya.

“Insiden itu membuat otak saya mahu meletus, saya bertekad jika gagal lagi, saya akan meletak jawatan dari syarikat saya,” jelasnya.

“Saya cuba berfikir untuk tidak pernah berputus asa walaupun terdapat masalah yang sangat besar, itu motto saya,” katanya.

Ibe kembali memberitahu, pada ketika itu, ketika dia berada di taman dia melihat seorang budak kecil memantul bola, dari situ dia membayangkan bagaimana jika bola yang memantul itu diisi dengan jam tangan.

Akhirnya dari bayangan tu, kita boleh membangunkan G-SHOCK dengan struktur tahan getaran” katanya.

Akhirnya, pada tahun 1983, Casio secara rasmi melancarkan model G-SHOCK di Jepun. Tetapi secara unik, pemasaran sebenarnya dilakukan di Amerika Syarikat dan ia terus berkembang pesat disana.

“Malah orang Jepun berfikir bahawa G-SHOCK adalah produk Amerika, kerana ia berkembang pesat di sana,” katanya.

Ternyata, jam tangan ini sudah menguji kekuatannya.

Malah, kata Ibe, ada satu rancangan televisyen cuba  menguji ketahanannya dengan memukul dan melenyeknya dengan trak tetapi walaupu sudah berbuat demikian, jam tersebut masih menyala dan masih utuh.

“G-SHOCK tidak pernah menyerah. Kekuatan G-SHOCK telah terbukti menjadi jam tangan terkuat di dunia.

Apa yang saya pelajari daripada pembuatan G-SHOCK adalah sifat pantang menyerah kalah, apabila saya bertemu dengan masalah besar, saya tidak pernah berputus asa, tidak pernah berputus asa dan tidak pernah berputus asa.

Ibe mendedahkan, membuat jam G-SHOCK mengambil masa selama 2.5 tahun. Setelah ianya telah diterima oleh orang awam, syarikat itu telahpun menghasilkan hampir 300 buah yang telah dijatuhhkan dari lantai ketiga.

Uniknya, apabila ingin memeriksa jam tangan yang lepas dijatuhkan, lelaki berusia 70 tahun itu tidak menggunakan lif, dia lebih suka menggunakan tangga.

“Saya rasa apabila saya menggunakan lif untuk pergi ke sana, ia membuatkan saya tahu keadaan jam itu lebih cepat sama ada ia rosak ataupun tidak.

Tetapi apabila saya menggunakan tangga, saya rasa SHOCK dan tertanya-tanya sama ada jam saya kuat atau tidak.

Apabila saya sampai sahaja melihat jam tangan tersebut, saya sudah mempunyai idea yang lain untuk memperbaikinya.”

DW-5000C-1A, G-Shock yang pertama dilancarkan pada April 1983

Jam GShock pertama yang dikeluarkan oleh Casio

Jam tangan model G-SHOCK yang dibuat oleh pekerja Casio ini bermula apabila dia diberi jamuan oleh bapanya, tetapi ketika ia memakai jam itu jatuh dan ianya pecah. Dari situ dia mula berfikir untuk mewujudkan jam tangan yang kuat dan tahan lasak.

Pada tahun 1983, Casio melancarkan jam tangan yang tahan lama, G-SHOCK. Jam ini memecahkan tanggapan bahawa jam tangan adalah bahagian perhiasan yang paling rapuh yang mesti ditangani dengan teliti.

Jam tangan ini adalah jawapan kepada cabaran yang diambil oleh jurutera Casio untuk mencipta jam tangan yang paling sukar di dunia.

Menggunakan 3 lapisan perlindungan untuk beberapa bahagian, modul, dan case, G-SHOCK menawarkan jam tangan baru radikal tanpa getaran.

Jam tangan baru ini menjadi sangat popular mengakibatkan jualannya meletup secara besar-besaran pada awal tahun 90-an.

Dalam perkembangannya, G-SHOCK mempunyai pelbagai jenis sensor baru, bateri berkuasa solar, teknologi kawalan radio untuk ketepatan masa, dan bahan baru untuk meningkatkan ketahanan jam tangannya

Dengan penggunaan berterusan teknologi baru di G-SHOCK, ia menjadi produk utama Casio untuk jam tangan.

Dari masa ke masa casio terus mengembangkan teknologi dan reka bentuk jam tangannya secara berterusan.

Ibe memang seorang yang sangat idealist dan kesungguhannya mencapai apa yang telah dialami harini sangat memberi inspirasi kepada ramai orang.

Untuk mengimbau kisah lama, ini Iklan TV Komersial Gshock yang pertama pada tahun 1983 :

 

sumber : Bandoru

About admin

Awang Goneng memang suka cerita macam-macam!

View all posts by admin →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × one =