Buaya Ini Dibunuh Pasukan SWAT. Bila Belah Perut Je Apa Yang Mereka Temui Amat MENGEJUTKAN

Seekor buaya sepanjang 5 meter berjaya ditangkap dan dibunuh pasukan SWAT di Sarawak. Bila belah perut je mereka semua terkejut apabila meenemui “sesuatu” yang amat mengejutkan. Allahu.

DITANGKAP SELEPAS DIBERI UMPAN AYAM

SEEKOR buaya yang dipercayai membaham Bentayan Ilah, 31, dari Kampung Hulu Tambak, Pusa pada 24 September lalu, dibunuh Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT), Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), petang semalam.

Jurucakap SFC berkata, buaya itu ditangkap menggunakan sistem penakaian (pengasingan) dengan memasang umpan ayam di sepanjang lima kilometer Sungai Rimbas berdekatan lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Menurutnya, buaya berukuran 4.8 meter panjang itu akhirnya terperangkap selepas memakan satu daripada 13 cangkuk umpan yang dipasang di sepanjang sungai berkenaan.

DITEMUI ANGGOTA BADAN MANUSIA DALAM PERUT BUAYA

SWAT SFC berjaya bunuh buaya Sungai Rimbas

Serpihan tulang yang dipercayai tulang manusia dari perut buaya yang ditangkap Sungai Rimbas.-pix ihsan Sarawak Harian.

“Sebaik dinaikkan ke darat, perut buaya itu dibedah di depan pegawai polis, keluarga mangsa serta penduduk kampung sebelum menemui beberapa bahagian anggota badan manusia di dalamnya.

“Anggota badan manusia yang ditemui dalam perut buaya itu diserahkan kepada polis untuk analisis deoxyribonucleic acid (DNA),” katanya pada kenyataan, hari ini.

Pada kejadian 24 September lalu itu, Bentayan bersama sepupunya berusia 31 tahun menangkap ikan di sungai berkenaan sebelum dia disambar buaya, 3.30 petang.

Mangsa menjerit meminta tolong sebelum dia hilang daripada pandangan.

Keesokannya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui cebisan usus di kawasan pencarian dipercayai milik mangsa manakala cebisan kaki, tangan kanan dan kepala mangsa ditemui pada 27 September.

Buaya Bujang Senang

Selain Itu Di Sarawak Juga Terkenal Dengan Buaya Bujang Senang. Kebanyakkan Buaya Disana Memang Sangat Besar!!

10660157_10203820759354351_2946498744971008022_n

Bila bersembang pasal negeri Sarawak, selain dikenali sebagai bumi kenyalang, negeri ni juga terkenal dengan habitat buayanya yang banyak. Antara sungai yang terkenal adalah sungai Batang Lupar yang menyimpan pelbagai kisah dan rahsia. Di sini jugalah, kita diingatkan dengan kisah siBujang Senang, seekor buaya ‘gergasi’ yang pernah mengganas suatu masa dulu.

Pada tahun ini pun kita dilaporkan dengan beberapa kes serangan buaya kat Sarawak dan Sabah. Antaranya adalah apa yang jadi kepada seorang lelaki yang disambar buaya masa tengah memancing kat Sungai Kuala Besar, Sarawak. Selain tu ada lagi beberapa kes serangan buaya, seperti:

Seorang pelajar yang masih tunggu keputusan SPM maut disambar buaya di Sungai Tapang, Ulu Peking, Sarawak. (23 Feb 2017)

Seorang remaja lelaki maut diserang buaya lepas terjatuh ke dalam Sungai Kampung Kawi, Bintangor, Sarawak.(22 Mei 2017)
Seorang pekerja ladang maut dibaham buaya di depan kawannya, masa periksa pancing di Sungai Pelasan, Sarawak. (14 Julai 2017)
Seorang pekerja ladang hilang dipercayai dibaham buaya di Lahad Datu, Sabah. (5 Nov 2017)

Buaya sepanjang 4.75 meter berjaya ditangkap kat Miri, Sarawak pada 2015. Imej dari Utusan Malaysia.

Itulah antara serangan-serangan buaya yang dicatatkan setakat ini. Pada tahun 2014, Sarawak mencatatkan serangan buaya tertinggi di negara ini. Seperti yang kami cakap tadi, antara peristiwa yang susah dilupakan adalah kisah serangan buaya ganas si Bujang Senang. Sebenarnya, ada kisah mistikal di sebalik buaya lagenda ini, kerana ada yang berpendapat buaya ini berasal dari…
Sumpahan pahlawan Iban – si pemotong kepala

Sebahagian masyarakat Iban kat Sarawak percaya yang buaya raksasa Bujang Senangberasal dari seorang manusia yang disumpah. Ini kerana,menurut legendanya – buaya ni berasal dari seorang pahlawan Iban bernama Simalungun.

Dikatakan Simalungun ni sangat terkenal sebagai seorang pahlawan di zaman mengayau (potong kepala) dan musuh-musuhnya memang takde can nak kalahkan dia. Ada juga yang kata kehebatan tu jadi sebab Simalungun ni ada ilmu kebal, jadi senjata tak akan lut kat badannya.

Imej dari BH Online.

Disebabkan tu ramai musuh-musuhnya yang berusaha nak patahkan ilmu ni. Sebab diorang tahu walau sehebat mana pun ilmu Simalungun, mesti ada perkara atau pantang larang yang Simalungun tak boleh langgar.

“Berikutan kehebatannya, musuh pahlawan terbabit menculik isterinya untuk membalas dendam dan memaksa wanita itu membocorkan rahsia kekebalan suaminya.” – Dipetik dari BH Online.

Jadi Simalungun pun naik angin dan pergi jumpa dengan orang yang culik isterinya. Tapi malangnya, bila isterinya tu baru je dibebaskan, tiba-tiba pihak musuh baling tombak sehingga sampai membunuh isteri Simalungun. Lepas tu mengamuklah Simalungun. Tapi sebenarnya, masa tu musuh dah tahu pantang larang ilmu kebal Simalungun iaitu tak boleh masuk dalam air sungai.

Jadinya musuhnya ni pun umpan Simalungun untuk masuk dalam sungai. Bila dah masuk dalam sungai, maka hilanglah ilmu kebal yang ada padanya.Masa ni lah Simalungun bertarung mati-matian, walaupun akhirnya pahlawan ini mati dibunuh. Mayat Simalungun dan isterinya kemudiannya dibiarkan tenggelam di dalam air Sungai Batang Lupar.

“Mengikut mitos itu lagi, mayat Simalungun dan isterinya kemudian disumpah menjadi buaya besar oleh `dewa’ dan haiwan jelmaan itu mula mengganas menghantui keturunan pembunuhnya sekitar Batang Lupar.

 

Buaya jelmaan berkenaan akhirnya dikenali sebagai `Bujang Senang’ dan menjadi igauan ngeri penduduk sekitar Sungai Batang Lupar apabila dipercayai membaham lebih 14 penduduk Iban sejak 1940-an.” – Dipetik dari BH Online.

Imej dari Libur.

Masyarakat Iban masa tu pun menganggap yang Bujang Senang ni bukan buaya biasa tapi ‘Maharaja Buaya’ yang hidup kat sepanjang Sungai Batang Lupar sampai ke Sungai Rejang. Kenapa dipanggil ‘Bujang’? Kalau diikutkan cerita Simalungun ni dah kahwin.

“Jolokan nama ‘bujang’ bermaksud orang yang jaguh, hebat, disegani dan gelaran terhormat bagi seorang lelaki. Jadi sinonimnya gelaran bujang yang diberi kepada reptilia ini kerana menghormati buaya buas.” – Indet Sanabong, Pawang Buaya. Dipetik dariKosmo.

Bujang Senang sangat digeruni kat Sungai Batang Lupar masa tu, sampaikan ada yang kata buaya ni sebesar bas! Biar betul? Malah ada juga yang kata kalau dia nak baham orang, dia boleh baham dengan sekali hadap je. Legenda juga kata yang Bujang Senang ni ada tanda belang putih kat belakang badannya. Itulah yang membezakannya dengan buaya-buaya lain.

Gambar buaya sepanjang 8.6 meter yang dikatakan berjaya dibunuh oleh pemburu di Quennsland, Australia pada 1957. Imej dari Utusan Malaysia.

Walaupun dikatakan Bujang Senang ni pernah mengganas pada tahun 1940-an tapi selepas tu kisah keganasannya mula reda.Tapi pada tahun 1980-an, kisah keganasan Bujang Senang kembali menghantui Batang Lupar.
Bujang Senang kembali mengganas dan tewas dengan peluru paku
Setelah sekian lama cerita Bujang Senang dikhabarkan sebagai legenda masyarakat Iban dan Sarawak. Tapi nampaknya Bujang Senang kembali memunculkan dirinya dengan kembali menyerang manusia.Mangsanya adalah Penghulu Bangan dari Rumah Panjang Pali di Sri Aman pada 1982.

Diceritakan yang Penghulu Bangan diserang masa tengah menangguk udang kat sungai.Masa adiknya nak selamatkannya, adiknya nampak ada belang putih kat belakang badan buaya tu. Maka dia pun tahulah yang buaya tu adalah Bujang Senang, seperti mana yang diceritakan dalam legenda.

Imej dari robinsonmike.blogspot

Selepas tu, pihak polis pun lancarkan ‘Operasi Buaya Ganas’ kat sungai-sungai besar di Sarawak. Tapi malangnya Bujang Senang  tak dapat dijumpai.

“Bujang Senang terus mengganas dan antara 1982 hingga 1991, dipercayai 13 orang menjadi mangsa buaya raksasa itu. Kemuncak keganasan Bujang Senang berlaku pada Mei 1992 apabilahaiwan itu menyambar mangsa ke-14 iaitu Dayang anak Bayang, 20, ketika gadis Iban itu menyeberangi Sungai Pelaban bersama ibunya.” – Dipetik dariBH Online.

Makanya penduduk dan polis pun terus buru Bujang Senang lepas tu. Dalam masa 4 jam memburu, akhirnya Bujang Senang berjaya dikepung. Tapi cubaan membunuhnya dengan lembing dan peluru biasa gagal. Jadinya seorang pawang cadangkan supaya paku diguna sebagai peluru. Akhirnya riwayat Bujang Senang tamat lepas kena 40 das tembakan (paku sepanjang 10cm).

Bujang Senang akhirnya tewas. Imej dari Libur.

Masa ditengok kat bangkai buaya tu, memang ada belang putih kat belakang badannya. Tapi besar Bujang Senang taklah sebesar bas macam yang orang kata.Besarnya adalah 5.46 meter panjang dan 2.12 meter lilitan perut.

Walaupun begitu, masih ada orang yang agak skeptikal dengan sejarah dan legenda Bujang Senang. Dalam masa yang sama jugak, ada lagi yang percaya Bujang Senang masih lagi hidup dan apa yang ditangkap tu bukan Bujang Senang yang sebenar.

Walaupun begitu, bukan Bujang Senang je yang pernah mengganas
Nama Bujang Senang cukup terkenal sebagai buaya legenda di negara ni. Tapi sebenarnya bukan Bujang Senang je yang pernah mengganas. Sebabnya masih ada lagi beberapa buaya yang pernah menggemparkan penduduk Sarawak. Antaranya adalah Bujang Samarahan, Bujang Tisak, Bujang Belawai, Bujang Subis dan Bujang Seblak.

Bujang Belawai berjaya ditangkap. Imej dari plus.google.com

Pada tahun 2001, Bujang Subis akhirnya tumpas ditembak selepas membaham seorang budak berumur 10 tahun. Bapa mangsa lepas tu membelah perut buaya ni dan jumpa kedua-dua belah tangan dan kaki anaknya. Apa yang lebih tragis, kepala dan bahagian badan mangsa yang lain dijumpai terapung kat Taman Negara Niah.

Tangan dan kaki yang dijumpai dalam perut Bujang Subis. Imej dari Utusan Malaysia.

Pada tahun 2012 pulak, negara digemparkan lagi dengan serangan buaya ganas, kali ni ia digelar sebagai Bujang Seblak. Buaya ni dah membaham seorang wanita penghuni Rumah Panjang di Sungai Anak, Sarawak bernama Siah Munsong.Jadinya pemburuan pun dilancarkan menggunakan cara moden dan tradisional.

“Bujang Seblak pula, walau diumpan tetapi ‘bijak’ melepas diri dari jerat, tetapi dua ekor buaya lain bersaiz sederhana telah sangkut. Dua ekor ini didakwa sebagai ‘konco-konco’.” – Dipetik dari Utusan Malaysia.

Embol Asum (suami kepada mangsa yang dibaham Bujang Seblak) menyeluk tangan ke dalam mulut buaya yang dipercayai konco Bujang Seblak untuk melepaskan geram. Imej dari Utusan Malaysia.

Akhirnya setelah 14 hari membaham mangsanya, Bujang Seblak berjaya ditangkap oleh seorang pawang buaya. Bila ditimbang, berat buaya ni lebih dari 200kg. Apa yang membuktikan buaya ni sebagai Bujang Seblak adalah kesan dua tembakan pada mata dan rahangnya yang dilepaskan oleh penduduk kampung masa Bujang Seblak tengah gonggong mayat Siah. 

Imej dari oldtraffords.com

Apa yang menarik, Bujang Seblak terbunuh lepas kena tampar dengan pawang yang baca mantera tertentu. 

Saya terpaksa menampar Bujang Seblak di bahagian kepala untuk membunuhnya serta-merta. Ia kerana Bujang Seblak cuba melawan selain memikirkan keselamatan kerana perahu yang saya naiki tidak dapat menampung beratnya.” – Indet Sanabong, Pawang Buaya. Dipetik dari Utusan Malaysia

Indet menunjukkan kesan tembakan di rahang Bujang Seblak. Imej dari Utusan Malaysia.

Itulah antara unsur-unsur mistik yang kita boleh nampak dalam usaha menangkap atau memburu buaya. Rasanya, elok juga kalau kita berkenalan dengan Indet Sanabong, seorang pawang buaya yang digeruni.
Indet Sanabong – Buaya tewas dengan tamparannya

Sapa masih ingat?

Indet Sanabong itulah nama pemburu buaya yang terkenal di Sarawak. Bila jadi je serangan buaya, maka dialah orang yang akan dicari. Indet jugalah orang yang berjaya tangkap Bujang Seblak dulu. Kalau nak ikut rekod, Indet dia dah tangkap berpuluh ribu buaya kat seluruh sungai di Sarawak. Menurut Indet, dia belajar ilmu memburu buaya ni dari seorang guru kat Sipitang, Sabah.

“Lima anak saya disekolahkan menggunakan duit upah menjual buaya kepada taman-taman buaya dan orang perseorangan. Tetapi apabila saya mengetahui tindakan saya itu menyalahi undang-undang saya berhenti.” – Indet Sanabong, Pawang Buaya. Dipetik dari Kosmo.

Bujang Seblak yang berjaya ditewaskan Indet. Imej dari Kosmo.

Menurut Indet, buaya biasanya tak serang orang sembarangan. Tapi sebaliknya hanya akan serang orang yang berada dalam keadaan puni atau punik. Apa puni ni?

“Mengikut masyarakat Iban puni bermaksud seakan-akan kempunan dalam budaya masyarakat Melayu, tetapi puni ini lebih kepada janji yang tidak ditepati oleh seseorang… Seperti dia dipelawa untuk makan tetapi dia tidak menjamah makanan tersebut lalu melakukan pekerjaan lain maka orang itu berada dalam keadaan puni.” – Indet Sanabong, Pawang Buaya. Dipetik dari Kosmo.

Menurut Indet lagi, Puni pun boleh jadi kepada buaya yang pernah makan manusia. Sebabnya, kalau satu-satu buaya tu dah makan manusia, ia akan mula suka dengan daging manusia.Maka sebab itulah ia mengganas dan serang manusia. Jadinya, Indet kena tamatkan puni yang jadi kat buaya tadi dengan bagi umpan yang dah dijampi.

Mata kail yang digunakan untuk memburu buaya. Imej dari Kosmo.

Tambah Indet, hanya buaya yang pernah makan manusia je yang akan makan umpan yang dijampi tu. Umpan tu pulak adalah daging anjing putih yang diletakkan kat tiga mata kail dan diikat pada tali rotan hidup. Menurutnya lagi, memang dah ada sumpahan pada buaya yang pernah makan manusia, walaupun tak makan umpan, buaya tu mesti akan mati jugak.

“Pembunuhan itu tidak menggunakan senjata api atau senjata tajam sebaliknya hanya menggunakan tangan. Selepas membaca mantera,saya akan menampar kepala buaya dan ia mati serta-merta.” – Indet Sanabong, Pawang Buaya. Dipetik dari Kosmo.

Lesen tangkap buaya ada dikeluarkan, tapi masih ada pantang-larang
Sejak Oktober tahun ni, pihak Jabatan Hutan Sarawak (JHS) ada keluarkan 10 lesenmenangkap buaya di negeri Sarawak. Kebanyakan yang dapat lesen tu datang dari kawasan Batang Lupar, sebab populasi buaya banyak sangat kat situ.

Setakat tahun 2016 je, dianggarkan lebih 20 ribu buaya liar yang bersaiz dewasa dilaporkan ada di seluruh Sarawak. 13 sungai juga dikenal pasti dengan populasi buaya tinggi iaitu purata 14 ekor untuk setiap kilometer sungai. Sebab tu lah, kerajaan kata 60% dari 20 ribu buaya kat Sarawak boleh diburu.

Jangan cuba aksi ni kat mana-mana sungai berdekatan. Imej dari Giphy.

Selain tu, Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Berhubung Flora dan Fauna Diancam Kepupusan (CITES) sebelum ni ada turunkan taraf buaya (dengan nama saintifik Crocodylus Porosu) dari Apendiks I ke Apendiks II.

“Kita telah berjaya menurunkan taraf buaya daripada Apendiks I kepada Apendiks II, maknanya spesies tersebut boleh diburu, dibunuh dan diperdagangkan kulit serta dagingnya ke pasaran global.” – Sapuan Ahamad, Pengarah JHS. Dipetik dari Utusan Borneo.

Steak buaya, sapa nak cuba? Imej dari fatg.com

Walaupun macam tu, usaha nak kurangkan populasi buaya ni tak berapa jalan dengan budaya dan kepercayaan masyarakat Sarawak (khususnya Iban). Ini kerana, sesetengah masyarakat Iban percaya yangbuaya adalah jelmaan dewa sungai atau dikenali sebagai Ribai. Disebabkan itu, mereka cuba elak untuk bunuh buaya, sebab takut ditimpa malapetaka.

“Penduduk di kawasan pesisir sungaimasih percaya bahawa membunuh buaya adalah satu pantang-larang yang tidak boleh dilanggar…Apa saja pegangan agama, penduduk lazimnya apabila berkaitan buaya, seboleh-bolehnya mereka tidak mahu membunuh reptilia itu kerana dikhuatiri nyawa mereka dalam bahaya ketika berada dalam sungai.” – Prof Madya Dr. Ruhana Hassan, Universiti Malaysia Sarawak. Dipetik dari Harian Metro.

 

Sumber: kumbang terbalik

About admin

Awang Goneng memang suka cerita macam-macam!

View all posts by admin →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × 2 =