7 Cara Betul Merotan Anak Dalam Islam.. Ibu Bapa sila Baca..

Mula-mula sekali aku nak cadangkan pada parlimen supaya buat satu kursus Public Relation ataupun kursus cara bercakap di depan orang ramai kepada menteri-menteri yang ada di Malaysia ni. Semakin hari aku rasa cara percakapan diaorang ni sangat tak kena dan mendatangkan rasa marah dan kurang senang pada rakyat Malaysia. Bermula daripada kangkung ke “kalau tak suka apa-apa dalam Malaysia, boleh keluar dari Malaysia” dan yang terbaru “Ibu Bapa Rotan Anak Satu Kesalahan Jenayah”.

 Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kerajaan perlu melaksanakan undang-undang itu kerana telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC).

Rotan anak bakal jadi satu kesalahan jenayah

Bagus lah tu. Otak ada, letak bawah punggung. Tak payah fikir susah-susah, ikut saja peraturan lahanat mereka yang cuba nak menjatuhkan Islam. Kenapa perlu menjadikan rotan anak satu kesalahan padahal kalau ikut Islam, adacara yang betul untuk merotan anak-anak. Dan cara merotan betul yang ini lah akan melahirkan individu yang lebih berdisiplin.

Buktinya korang lihat pada diri sendiri. Kalau korang insan-insan terpilih yang pernah kena rotan dengan ibu bapa atau cikgu, apa kesannya pada diri korang? Jadi lebih manusia daripada mereka-mereka yang dimanjakan, bukan?

Jadi, bagaimana cara betul merotan anak ni sebenarnya?

7 Cara Betul Merotan Anak

Nasihat dan mendidik dahulu sebelum merotan

Ibubapa atau penjaga kena buat usaha menasihati dan mendidik dulu sebelum mengambil keputusan dan tindakan untuk merotan anak. Tindakan merotan ni pun perlu diambil kalau anak tak makan nasihat dan didikan tu. Kalau dah tak ada cara lain sangat dah, baru boleh merotan.

Rotan apabila anak-anak sudah berumur 10 tahun ke atas

Anak-anak bawah 10 tahun biasanya masih tak faham dengan kesalahan yang mereka lakukan. Jadi, lebihkan nasihat kepada anak-anak bawah 10 tahun. Bila anak-anak dah baligh, boleh lahmerotan hingga mereka menjauhi segala kesalahan yang dah dilakukan.

Rotan anak

Rotan dengan cara yang tidak menyakitkan

Dilarang sama sekali untuk merotan anak-anakdi bahagian muka dan bahagian-bahagian yang merbahaya macam dekat kepala, perut, dada dan kemaluan. Merotan bukannya bertujuan untuk mendera sampai tinggal lebam pada badan dan sebagainya. Sebaliknya lebih kepada nak bagi anak-anak ni terasa menusuk dalam kalbu — bagi peringatan dan pengajaran.

Emosi kena stabil sebelum merotan

Jangan merotan atau memukul ketika korang tengah marah. Otak kena waras sebelum mengambil tindakan untuk merotan anak. Tarik nafas dalam-dalam dan cuba dapakan ketenangan. Merotan dalam keadaan yang marah akan menyebabkan kecederaan yang teruk pada anak-anak.

Rotan  tidak melebihi had

Merotan tidak boleh melebihi 3 kali untuk kali pertama. Rotan yang pertama kali tu mestilah perlahan sikit supaya anak tak rasa sakit sangat. Nanti terkejut sangat pulak diaorang. Kalau anak masih degil, rotan 3 kali. Kalau degil lagi rotan 10 kali. Tapi jangan rotan lebih daripada 10 kali. Dan pastikan jugak alatan merotan tu tak memudaratkan anak sampai berdarah dan lebam badan.

Berhenti kalau anak minta jangan dirotan

Kalau pertama kali nak rotan, anak dah minta supaya jangan dirotan, berhentilah merotan.Bagi peluang pada diaorang untuk berubah dengan janji tak akan ulang balik kesalahan yang sama. Tindakan ni lebih baik daripada terus merotan anak-anak. Nanti anak-anak jadi berdendam pulak dengan kita.

Rotan sendiri anak

Ibu bapa atau penjaga mesti rotan sendiri anak. Tak boleh wakilkan pada adik-beradik lain atau cikgu. Ini untuk mengelakkan pergaduhan antara ibu bapa dengan orang yang diwakilkan untuk merotan.

Keluarga Islam

Islam tu senang. Islam itu indah. Islam tu nak menjaga sangat umat dia. Tapi kita ni selalu saja pandang lewa dekat undang-undang dan ajaran Islam tu kan? Padahal faedah dia banyak. Kadang-kadang cara kita tafsir dan laksanakan undang-undang dan ajaran Islam tu jauh terpesong dari maksud yang sebenarnya.

Macam mengajar anak dengan merotan ni, ada macam-macam pendekatan yang disarankan supaya tindakan ni tidak akan sekali-kali membuat anak-anak sakit sama ada secara fizikal atau pun mental. Tapi, cara orang yang melaksanakannya tindakan merotan anak ni tanpa merujuk kaedah Islam yang merosakkan segala-galanya.

Korang ada anak? Atau akan ada anak? Macam mana korang nak didik anak-anak korang nanti? Setuju atau tidak dengan kenyataan Ibu Bapa Rotan Anak Satu Kesalahan Jenayah?

Sumber : Fadzi Razak

Hukum Merotan Anak Dalam Islam

Merotan Anak Dalam Islam

Rotan pernah menjadi isu nasional tidak lama dahulu, dan hingga sekarang masih belum ditemui jalan penyelesaiannya. Isu ini bangkit adalah ekoran dari kemerosotan disiplin dan keruntuhan moral para pelajar. Sebelum ini, iaitu pada zaman ayah, abang dan kakak kita belajar, merotan adalah dibenarkan. Guru-guru bebas melaksanakan tugas mendisiplinkan para pelajarnya dengan tenang tanpa terikat dengan mana-mana peraturan yang bermacam-macam. Bukan setakat guru sekolah, malah guru al-Quran yang mengajar di rumahpun tak ketinggalan menggunakan rotan sebagai salah satu dari tindakan disiplin. Ibubapa pula ketika menghantar anaknya akan berkata: Saya serahkan anak saya ini pada ustaz, kalau anak saya buat salah ustaz buatlah apa sahaja, asal jangan buta, patah kaki dan tangan. Ini bukan ucapan perli, tetapi ikhlas dari lubuk hati seorang bapa yang mahukan anak-anaknya baik dan berguna.

Tanyalah ayah, abang dan kakak kita tentang guru dan rotan. Mereka akan menceritakannya. Mereka tidak pernah menganggap bahawa mereka kena rotan itu sebagai satu kenangan pahit, tetapi satu kenangan manis.

Sekarang ini segalanya telah berubah. Kalau dulu, pelajar takut dengan rotan tetapi sekarang ini guru pula yang takut dengan rotan. Kalau pelajar melakukan kesalahan, guru tidak boleh buat apa. Silap sikit orang tua datang menyerang atau masuk mahkamah.

Apabila isu rotan ditimbulkan, orang ramai dari segenap lapisan pun memberi pendapat. Pro dan kontra berlaku.

Bagi ibubapa yang bukan guru, ramai juga yang tidak setuju. Ya lah, yang akan kena rotan nanti adalah anak mereka juga. Kadangkala ibubapa tahu anak mereka itu nakal, tetapi mereka sukar mahu menerima kenyataan tersebut seandainya ia datang dari orang lain.

Bagi pihak guru-guru pula, memperkenalkan semula hukuman rotan amat dialu-alukan. Ya lah, merekalah yang terbabit secara langsung dalam bidang pendidikan, jadi mereka tahulah mana yang terbaik untuk anak-anak itu.

Sudah memang naluri ibubapa sayangkan anak-anaknya. Begitu juga dengan guru-guru, sudah nalurinya menyayangi para pelajarnya. Kedua-duanya menyayangi orang-orang yang sama, tetapi kasih sayang ibubapa terhadap anak-anaknya kadangkala sering dikelabui oleh rasa simpati dan kasih yang berlebihan. Ini akan mengakibatkan hancurnya masa depan anak ini. Mereka adakalanya tidak dapat menerima sesuatu yang menyakitkan anaknya itu sekalipun ia adalah yang terbaik untuk memulihkannya.

Manakala kasih sayang seorang guru lebih bersifat terbuka dan rasional. Mereka memandang terus kepada masa depan pelajarnya dengan jelas tanpa diselindungi oleh apa-apa hijab.

Sebab itulah sebahagian ibubapa terpaksa menghantar anaknya mempelajari al-Quran kepada orang lain. Bukan dia tidak boleh mengajar al-Quran, tetapi sukar disebabkan anak sendiri.

Seorang anak dapat menipu ibubapanya, tetapi mereka sukar untuk untuk menipu guru-gurunya. Banyak rahsia diri dan jiwa pelajar ada di dalam genggaman guru yang tidak diketahui oleh ibubapanya sendiri. Itulah kelebihan guru.. Dan betapa mulianya mereka.

 

Apa pula pandangan Islam tentang perlaksanaan hukuman rotan/sebat ini?

Hukuman sebat atau pukul ini memang telah wujud sejak dahulu lagi samada di rumah atau di sekolah. Tujuannya adalah untuk memberi pengajaran atau ajar adab kepada kanak-kanak. Syarak juga memberi kebenaran kepada suami untuk menyebat isterinya yang nusyuz yang tidak insaf selepas diberi nasihat dan berpisah tempat tidur.

Manakala di dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. bersabda (ertinya):

Arahkanlah anak-anak kamu supaya mengerjakan sembahyang ketika berusia 7 tahun, dan pukullah ketika mereka berusia 10 tahun (jika enggan sembahyang), dan pisahkanlah tempat tidur di antara mereka.

(HR Abu Daud)

Ini menunjukkan bahawa memang ada hukuman pukul di dalam Islam. Dan para amirul mukminin juga telah mengizinkan para guru melaksanakan hukuman pukul terhadap kanak-kanak ketika benar-benar perlu. Hukuman tersebut hendaklah berdasarkan mahu memberi pengajaran atau ajar adab, tidak kerana dorongan individu (marah, benci dsbnya).

 

Ibnu Hajar al-Haitami mengatakan bahawa memukul pelajar itu dibenarkan dengan 3 perkara:

  1. Selepas memperoleh keizinan dari ibubapa atau penjaganya.
  2. Apabila dirasakan secara zhan (70% kemungkinan) bahawa ia dapat memberi pengajaran.
  3. Kanak-kanak itu tidak terlalu kecil umurnya.

Apabila dirasakan bahawa tidak memberi faedah dan pengajaran memukul pelajar kecuali dengan satu pukulan yang kuat serta benar-benar menyakitkan, maka tidak diperboleh melakukannya. Ini adalah berdasarkan ijmak, kerana hukuman dera disyariatkan adalah berdasarkan kemungkinan dapat memperbaikki kelakuan, lalu apabila ia dapat memberi mudarat maka hukuman dera itu ternafi (tidak boleh dijalankan).

Maksudnya, kalaulah seseorang pelajar itu dirasakan dari jenis yang tak berkesan kalau setakat dirotan sikit-sikit. Dia hanya akan serik kalau di pukul dengan benar-benar teruk (yang benar-benar menyakitkan), maka ketika itu tidak dibenarkan samasekali memukulnya. Kerana ia akan membawa mudarat kepada pelajar itu. Ia bertentangan dengan jiwa syariat yang diturunkan untuk memperbaiki bukan memberi mudarat.

Jadi, jelaslah kepada kita di atas bahawa Islam tidak menyempitkan penggunaan rotan/sebatan sebagaimana akta yang ada sekarang ini sehingga guru-guru tidak dapat memberi adab dengan sewajarnya kepada para pelajar. Islam juga tidak memperluaskan penggunaan rotan sehingga guru boleh memukul sesuka hatinya.

Islam menggariskan dasarnya iaitu:

  1. Memberi pengajaran.
  2. Menolak kemudaratan.

Sumber : Cahaya Islam

About admin

Awang Goneng memang suka cerita macam-macam!

View all posts by admin →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9 − 2 =