Ziana Zain Menangis Secara Tiba Tiba Ketika Buat Persembahan .. Ini Komen Ziana Zain

Air Mata Gugur

PENYANYI Ziana Zain tidak dapat menahan kesedihan dan mengalirkan air mata ketika mempersembahkan lagu Puncak Kasih di Malam Anugerah Mood Republik di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Meskipun suasana pilu seketika, tetamu yang hadir melontarkan kata-kata semangat kepada penyanyi tersebut.

Ziana dalam balasan ucapan kepada peminat berkata dia seorang wanita yang kuat untuk menghadapi ujian hidup itu.

Ujarnya sebagai seseorang yang dikenali, dia perlu meneruskan kerjaya seni meskipun berdepan dengan situasi mencabar ketika ini.

KOMEN ZIANA ZAIN

“Saya kuat dan terima kasih atas sokongan semua.

“Bukan senang menjadi seorang public figure. Walau apa pun berlaku hidup perlu diteruskan,” katanya.

Ziana masih meneruskan persembahan dengan sokongan tetamu yang turut menyanyikan lagu popularnya itu.

Sejurus selesai persembahan, Ziana bergegas meninggalkan majlis tersebut mungkin kerana enggan didekati pihak media.

 

Sebelum ini, isu dalaman rumah tangga penyanyi ini menjadi bualan hangat netizen apabila suaminya iaitu Armin atau nama sebenarnya Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana Zain membuat laporan polis pada 27 Februari lalu atas tuduhan memukul anak mereka.

Armin dihadapkan ke mahkamah majistret Shah Alam pada Selasa atas tuduhan dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di sebuah rumah di Denai Alam, Shah Alam, di antara pukul 8 malam hingga 10.30 malam pada 24 Februari lalu.

Armin bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan mahkamah menetapkan 6 April depan untuk pengurusan kes.

Lelaki berkenaan memberi alasan perbuatannya itu adalah bertujuan mengajar anak melakukan solat dan mengaji al-Quran.

HARAPAN ZIANA ZAIN

Sementara itu, menerusi laporan mStar Online bertarikh 6 Mac, Ziana berharap semua peminat mendoakan yang terbaik terhadap dia dan keluarga atas kejadian yang berlaku dalam rumah tangganya.

Malah, dia tidak dapat mengulas lebih lanjut hal berkenaan kerana perkara itu terlalu peribadi selain ia sudah menjadi kes mahkamah.

“Saya tak boleh komen lanjut sebab kes mahkamah. Ini terlalu peribadi. Doakan yang terbaik,” katanya.

Ziana atau Siti Roziana, 50, yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Putus Terpaksa bernikah dengan Armin pada 9 Mei 1998.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

sumber : Gedebak Viral

About admin

Awang Goneng memang suka cerita macam-macam!

View all posts by admin →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen + 6 =