[VIDEO] Akhirnya Suami Ziana Zain Menceritakan Perkara Sebenar Selepas Bebas Dari Tahanan…

SUAMI penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini, atas pertuduhan mencederakan anak lelakinya, 25 Februari lalu.

Armin,53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.
Mengikut pertuduhan, dia yang kini tidak berkerja didakwa menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.

Perbuatan berkenaan dilakukan di rumahnya di Denai Alam, Shah Alam, kira-kira 4 pagi, 25 Februari lalu.

Justeru, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua daripada mana-mana seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Armin yang tidak diwakili peguam ketika rayuan memaklumkan perbuatan itu dilakukan dengan tujuan mengajar anaknya mengaji dan solat.

PERKARA SEBENAR DICERITAKAN

“Saya tidak dera anak. Saya ajar dia mengaji dan solat tetapi dia tidak faham dan bebal.

“Saya bertanggungjawab terhadap empat anak selain mempunyai ibu yang sakit dan perlu menghantarnya ke hospital,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharif Afendi yang mengendalikan kes menawarkan ikat jamin tertuduh berjumlah RM10,000.

Raja Noor Adilla menurunkan jumlah jaminan kepada RM5,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 April depan.

Difahamkan, laporan polis dibuat sendiri oleh Ziana pada 27 Februari lalu sebelum Armin ditahan polis bagi membantu siasatan, Jumaat lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Sumber Metro

Artikel Berkaitan ..

Akhirnya Datuk Yusuf Haslam Bersuara Dan Teguran Ini Memang Hanya Untuk Ziana Zain Seperti Abang Ke Adik

 

Mana-mana perkahwinan pun, akan ada gelombang dan pergolakan. Nasihat saya, bincang dan cari jalan penyelesaian sebaik-baiknya,” begitu ulasan penerbit dan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam ketika diminta mengulas kes rumah tangga melibatkan penyanyi, Ziana Zain.

Menurut Yusof, sebagai manusia biasa, dia sebolehnya enggan mencampuri urusan rumah tangga orang lain.

Bagaimanapun nasihat yang diberi hanya nasihat antara seorang abang kepada adik, sementelah lagi sudah mengenali baik Ziana sejak penyanyi dan pelakon tersebut belum berkahwin lagi.

NASIHAT PADU DATUK YUSUF HASLAM KEPADA ZIANA ZAIN

“Saya kira nasihat ini dari seorang abang kepada adik, malah kalau anak saya menghadapi masalah rumah tangga pun, ini nasihat serupa yang akan saya beri.

“Sepanjang saya mengenali Ziana, saya lihat dia sebagai pasangan yang bahagia. Tak ada cerita kurang enak mengenai rumah tangganya diperkatakan.

“Kita kalau berkahwin, seboleh-bolehnya mahu perkahwinan itu kekal hingga ke Jannah. Tapi saya juga percaya, dia lebih tahu apa yang dilaluinya.

“Saya doakan yang terbaik buat Ziana, semoga dia kuat dan tabah berdepan dengan ujian ini. Saya juga berharap kenyataan saya ini tidak akan melukakan sesiapa,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Sumber SINAR HARIAN via gedebakviral.org

About admin

Awang Goneng memang suka cerita macam-macam!

View all posts by admin →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × 2 =