Akhirnya Terbongkar! Selepas Tajul, Arwah Achik Spin Mempunyai Seorang Lagi Adik Yang Mempunyai Suara Yang Lunak Tetapi Terlepas Pandang Dan Bekerja Sebagai Pengawal Keselamatan.. Ikuti Penjelasan Beliau…

SEPERTI yang kita ketahui, darah seni yang mengalir dalam keluarga bekas vokalis kumpulan Spin, Allahyarham Achik Spin masih mewarnai industri kita terutama sekali dengan kehadiran adiknya Tajul Ariff dalam industri muzik negara.

Kehadiran penyanyi meningkat naik itu nyata menyambung legasi yang ditinggalkan arwah abangnya dalam industri muzik.

Namun, tidak ramai mengetahui akan seorang lagi adiknya iaitu Khalis yang turut mempunyai suara yang saling tak tumpah dengan arwah Achik.

Bagaimanapun, Khalis juga sebenarnya terlibat dengan industri muzik apabila menyertai band yang ditubuhkan oleh dua orang bekas ahli Spin iaitu Azren dan Aidel melalui kumpulan bernama Real Spin pada tahun 2016.

Sekitar pertengahan tahun lalu, Kumpulan Real Spin mengeluarkan single sulung mereka berjudul Semakin Rindu yang mendapat perhatian hangat netizen sehingga muzik videonya mendapat lebih daripada dua juta tontonan.

Namun, tidak tahu di mana silapnya, kumpulan berkenaan kemudiannya terus senyap dan nama Khalis tidak lagi didengari.

Kini, tersebarnya satu rakaman video di Facebook menyaksikan Khalis yang berpakaian seragam pengawal keselamatan menyanyi lagu kumpulan Real Spin dengan sangat lunak.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna bernama Shafarizy Abd Aziz melalui FB Live yang dirakamnya bersama Khalis.

Di dalam video tersebut, Khalis diminta oleh perakam untuk menyanyikan lagu Semakin Rindu dari kumpulan Real Spin dan nyanyiannya itu nyata memukau netizen yang menyaksikan video berkenaan.

Melalui informasi yang diambil daripada ruangan komen video tersebut, Khalis kini bekerja secara sambilan sebagai pengawal keselamatan di Labu, Seremban, Negeri Sembilan.

Nyanyian Khalis yang menyanyikan lagu Semakin Rindu secara pendek itu menyebabkan para netizen yang melihat video berkenaan rata-rata mahukan Khalis lebih dikenali dalam industri muzik seiring dengan adiknya Tajul.

Apa yang pasti, Khalis ternyata mempunyai bakat seiring dengan dua adik beradiknya itu dan dia hanya perlu mencaturkan kembali strategi untuk membuat dirinya dikenali ramai.

Mungkin dengan tersebarnya video ini, Khalis boleh menjadi viral dan boleh menaikkan namanya dalam industri. Itu pun sekiranya Khalis masih mahu berada dalam industri. – MYNEWSHUB.CC/EZ

“Achik Pergi Dulu Untuk Bagi Peluang Adik Dikenali”

TERLALU rindu dengan arwah abangnya, adik kepada Allahyarham Achik (Spin) mengakui dia sering bertemu dengan arwah dalam mimpi biarpun telah tujuh tahun abangnya meninggal dunia.

Kata Khalis, 29, mimpi tersebut seakan-akan benar-benar berlaku dan dia sering tertunggu untuk bermimpi bertemu abangnya itu agar dia mendapat peluang untuk memeluk penyanyi Paling Comel itu.

“Saya antara yang kerap bermimpi arwah dan kali terakhir pada awal Ramadan lalu di mana setiap kali ‘berjumpa’ dengan bang Chik (panggilan untuk Achik), saya sedar saya sedang bermimpi tetapi situasinya seperti saya benar-benar sedang berkomunikasi dengan arwah.

“Saat itu saya akan peluknya erat-erat dan meluahkan rasa rindu padanya. Bang Chik seakan-akan memahami kerinduan saya padanya dengan memandang tepat pada wajah saya. Senyumannya juga tidak lekang di bibir.

"Achik Pergi Dulu Untuk Bagi Peluang Adik Dikenali"
KHALIS KINI MENYAMBUNG PERJUANGAN SENI ARWAH ABANGNYA DENGAN MENJADI VOKALIS KUMPULAN KHALIS & THE REAL SPIN SEJAK TAHUN 2016. KREDIT FOTO: MSTAR ONLINE

“Selalunya saya akan bertanya padanya soalan yang sama, kenapa bang Chik terlalu awal tinggalkan kami?

Jawapannya ringkas: “Kalau bang Chik tak pergi, kamu adik-adik tidak berpeluang menyanyi dan dikenali,”katanya kepada mStar Online.

Achik atau Abdillah Murad Md Shari meninggal dunia pada usia 28 tahun dalam satu kemalangan maut di Lebuhraya Kajang-Seremban pada 17 April 2010.

Dalam pada itu kata Khalis atau Muhammad Khalis Shari ini lagi, selalunya arwah akan muncul dalam bentuk seakan-akan hologram dan perkara itu membuatkan dia sedar yang pada ketika itu dia sedang bermimpi.

“Kalau boleh, setiap masa saya mahu mimpi itu datang kerana di kesempatan itulah saya dapat meluahkan rasa rindu pada dia. Arwah tidak banyak berkata-kata namun air wajahnya cukup tenang,” ujarnya lagi.

Khalis kini menjadi vokalis kepada kumpulan Khalis & The Real Spin dan bakal hadir dengan single pertama berjudul Semakin Rindu ciptaan Cuna Alfian dan Atan Alfian selepas Aidilfitri depan bawah pengurusan label Padi Records & Entertainment.

Katanya, Khalis & The Real Spin ditubuhkan pada 2016 dengan dua anggota lama Spin iaitu Azren dan Aidel selain seorang anggota baru, Aiman.

sumber : kumbang terbalik

About admin

Awang Goneng memang suka cerita macam-macam!

View all posts by admin →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × four =