[Video] Bahana Mobile Legend, Isteri Tekap Gam Di Muka Suami

GARA-GARA terlalu obses dengan permainan Mobile Legend, seorang suami menerima pengajaran apabila si isteri bertindak melekatkan gam tikus di mukanya dalam satu kejadian di China.

Memetik laporan Daily Mail, difahamkan si isteri bertindak demikian selepas tidak dapat menahan sabar kerana sering diabaikan si suami yang terlalu taksub dengan permainan tersebut.

Si isteri yang dikatakan bengang dengan keadaan tersebut telah mengambil keputusan untuk memberi pengajaran kepada suaminya itu.

Memetik sumber lagi, ketika kejadian si isteri dikatakan datang menghampiri sambil memegang sekeping kertas yang dipercayai disapu dengan gam tikus, sebelum bertindak menampal kertas itu ke muka suaminya tanpa ragu-ragu.

Terkejut dengan perkara itu, si suami terus berhenti bermain dan cuba menanggalkan gam tikus berkenaan daripada mukanya selain akui bengang dengan tindakan si isteri.

Bagaimanapun, si isteri ternyata tidak membantu mencabut gam tersebut sebaliknya hanya ketawa melihat keletah si suami.

Insiden tersebut ternyata telah menarik perhatian ramai pengguna media sosial terutamanya golongan wanita.

Di mana rata-rata terhibur dengan gelagat pasangan itu selain sempat berseloroh dengan pasangan masing-masing agar tidak terlalu taksub sekiranya tidak mahu mengalami perkara sama. – MYNEWSHUB.CC/AM

lagi berkenaan mobile legends..

Bahana Mobile Legend

Assalamualaikum. Saya harap entry artikel saya ni dapat disiarkan nanti. Ini merupakan kali pertama saya menulis segala luahan hati terbuku. Mungkin ramai yang pelikkan kenape tajuk nye mobile legend.

Nak dijadikan kisah, saya nie merupakan pelajar tahun ke 2 di salah sebuah ipta. Dalam beberapa hari lagi dah nak masuk tahun 3. Saya merupakan seorang yang tak suka nak melengah lengah kan kerja. Lagi-lagi yang melibatkan assignment berkumpulan. Assignment berkumpulan lah yang paling saya takuti sejak mula masuk ipta nie. Kalau dulu dekat sekolah assignment nie tak la brape penting sangat sebb markah nanti dapat dari paper exam jer. Nie bila dah masuk U kene lah buat betul-betul tak boleh lagi nak last minutes atau pun buat ala kadar. Saya sayang sebenar nye kawan kawan saya kalau boleh saya nak bawa skali supaya berjaya sama sama. Tapi ada yang beberapa sikap tu kadang-kadang saya makan hati sampai tawar hati pun ade.

Kawan saya nie, juga housemate saya dan jugak classmate saya. Jadi kalau dah satu rumah tu, satu kelas lak tu automatik la semua kumpulan assigment tu mesti sama.Bukan saya tak nak dengan kumpulan org lain, tapi bila difikirkan kalau saya tinggalkan dia nie sorang nanti dia tak tahu nak buat ape. sbb dia dah biasa saya yang suap segalanya. sehinggakan sampai satu tahap tu saya yang siapkan bahagian assigment dia. Bukan bahagian dia sorang je bahagian 2 org lagi tu pun saya siapkan. Dia orang datang bawak laptop nah, boleh tolong aku tak? aku tak pande wei buat bende nie. aku tak paham ape dia mintak sebenar nya, pastu lagu aku tak tahu cam ne nak cari maklumat nie takut lak tak same macam ape yang kau punye. last last saya juga lah kene buat kan rangka, citation, web search , tukar ayat semua tu, belum lagi nak merge kan semua kerja, edit pastu print kan.

sampai satu tahap tu saya penat tau, bekejar kejar cari orang ,tanya org cam ne nak buat.Kalau nangis tu dah selalu. depression tu paling tak kurang sebulan 2 kali.sampai ke tahap saya suruh mak ambil nak balik rumah padahal esok ada kelas.sampai mak tanye kenape dah. Takkan la nak beri tahu, dah masalah kite kite la yang hadam.

yang clasmate saya tu main ml je kerja sampai mengabaikan saya yang buat kerja sorang sorang dekat meja tu.dia kalau main tak ingat dunia dari pukul 7 malam tu sampe 2 pagi baru berenti.Dia tengok je la tanpa ada rasa besalah sikit pun. Dah berapa kali saya tido akhir semata- mata nak tolong dia buat assigment (sbb sama kumpulan assigment ). Seperti biasa assigment saya memang dah siap awal, waktu dia main game tu lah saya buat. Pukul 3 lepas dia main game tu baru lah dia nak start buat assigment. lagi lagi kene lecturer yang kalau dapat esok terus dia nak tengok. dah tu lak terpaksa hah saya p tolong dia siapkan bahagian dia. dah lah penat siapkan bahagian saya punya, tolong pulak dia punya.

Tipu la kalau saya tak tegur sikit pun perangai dia. Tapi saya tegur secara indirect , kdg kdg tu saya tunjuk dengan expresi muka yang stress, marah marah sampai semua benda ada yang tak kene. pasang lagu tu kuat kuat pastu tak cakap sampai esok. tu pun dia masih tak tahu silap dia dan kenape saye buat macam tu. Bila saya buat cam tu mula la dia p lari bilik sebelah. lagi la bilik sebelah pun kuat hasutan main ml nih. makin menjadi jadi la masalah saya nih.

Sampai satu tahap tu , saya dah siap kan semua tinggal suruh dia cari jawapan untuk lengkap kan assigment pun dia tak buat.padahal petang tu dah nak anta da. Sedangkan masa terluang yang satu jam tu dia main ml. Sakit nye ati mashallah rase nak nanggis da. last last saye juga yang p cari jawapan. Pernah satu hari tu saya uji, kira nya saya sakit la pastu tak masuk kelas. saya harap la dia biat la kerja ya lecturer suruh. Buat tu buat tapi ya allah semua salah, format salah. Terpaksa la saya sekali lagi terkejar kejar menyiapkan kerja tersebut dengan keadaan akit lagi pening lgi. dugaan betul.

Saya harap la kawan saye nie berubah. Dah 2 tahun dah saya makan hati,stress dan depression. Kadang -kadang saya macam tersisih ada jugak rasa pabila mereka nie happy happy main ml bersama tatkala saya buat kerja. jujur la jugak sedih saya rase bila banyak kisah yang mereka bualkan saya tak dapat join n tahu.tapi saya lebih pentingkan kehidupan selepas diploma nih.Saya dah lah dengan result spm pun ala kadar, datng pulak dari sekolah berprestasi tinggi. malu tu sampai tak nak dah nak jejak kaki kat sekolah tu. Dapat pula abang yang berjaya sehingga kejayaan saya tak dilihat pun ahli keluarga.Lagikan result every sems , ayah dengan mak lagsung tak tanye pun . Jadi saya nak sangat gunakan lah peluang nie untuk menebus kegagalan yang dulu.Saya sayng kawan kawan saye, mungkin ada yang tanye kenapa tak report lecturer je? kenapa tak buang nama dari groupwork?
. Terus terang saya cakap, saya tak sampai hati nak buat macam tu. Tapi insyallah , saya percaya yang allah pasti membalas setiap niat baik hamba nya serta usaha nya. Alhamdulillah dah 2 tahun dekan, mungkin ini lah cara allah membalas segala penat lelah saya. Saya harap yang pembaca ade kawan yang addicted dengan game seumpama ini, dota ke blackshot ke insaf la. sbb kita bukan sahja menipu diri sendiri, tapi ibu bapa pun kita tipu tau.Impian mereka adalh untuk melihat kita berjaya.Dan ingatlah jugak kepada kawan yng dah banyak tolong kita tu.

Maaf la sekiranya confession saya nih terlalu panjang. dan saya juga bukan lah pelajar UIA tetapi yang saya harapkan dapat menjadi iktibar kepada pembaca yang lain.Sya harap pembaca dapat doakan saya untuk terus beristikomah dalam pelajaran sehingga degree nanti .doakan saya dapat sambung dentistry selepas diploma ini . Amin
sekian.

– -pelajar lelaki biasa via IIUM Confessions

About admin

Awang Goneng memang suka cerita macam-macam!

View all posts by admin →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 + fourteen =