Dicabar Makan Lintah Oleh Rakannya, Remaja Ini Koma Selama Setahun Dan Lumpuh Seluruh Badan

Perbuatan yang dianggap berani itu memakan dirinya sendiri apabila seorang remaja lelaki, Sam Ballard telah menelan beberapa ekor lintah ketika dicabar oleh rakan-rakannya yang lain ketika menghadiri sebuah parti di kediaman salah seorang rakan.

Sebaik dicabar dan memakan lintah tersebut, Sam dikatakan terus jatuh dan telah dibawa kerumah sakit bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Setelah itu, doktor yang merawat Sam memberitahu bahawa Sam telah disahkan dijangkiti sejenis bakteria daripada parasit yang ditemui dalam lintah terbabit. Parasit itu biasanya berada pada arnab, tikus, siput dan lintah sekiranya mereka memakan najis daripada tikus atau haiwan lain.

Berusia 19 tahun pada waktu itu, tahun 2010 menjadikan ia sebagai sejarah yang tidak dapat dilupakan oleh rakan-rakannya malah keluarga Sam sendiri. Sam menghadapi euinophilic meningo encephalitis dan koma selama 420 hari serta lumpuh seluruh badan.

Pesakit yang dijangkiti dengan parasit ini disebabkan kerana telah menelan larva dalam siput mentah atau tidak cukup masak, lintah, udang air tawar, katak, atau ikan. Jangkitan juga boleh terjadi dengan sumber segar seperti salad yang tercemar. Apabila larva ditelan, mereka menembusi saluran usus, masuk ke saluran darah, dan akhirnya sampai ke meninges (penutup otak dan saraf tunjang).

Sejak daripada itu, kehidupan Sam dan keluarganya berubah. Sam terlantar selama 3 tahun dihospital dan hanya diberikan sebuah kerusi roda elektrik untuk memudahkannya bergerak. Kini, Sam telah berumur 28 tahun dan sering diserang sawan. Susulan daripada itu juga, Sam mengalami masalah untuk mengawal suhu badannya serta perlu diberi makan melalui tiub.

“Ia sangat mengecewakan, hati saya hancur, ia mengubah hidup saya. Impaknya sangat besar”.

Kos perubatan yang ditanggung keluarga Sam sangat banyak sehingga membuatkan rakan-rakan Sam bertindak mengumpul dana untuk meringan beban Katie, ibu kepada Sam dalam memenuhi keperluan seharian dan kos penjagaan anak lelakinya itu. Katie dalam masa yang sama telah memohon Skin Insuran untuk orang kurang upaya bagi pihak anaknya dan layak menerima RM917,000 pada tahun 2016. Namun pun begitu, jumlah itu telah dikurangkan menjadi RM200,000 selepas pihak Insuran menyemak kembali permohonan Katie.

Akibat pemotongan itu, Katie dan keluarga terpaksa menanggung hutang yang banyak dan dikatakan tidak dapat menampung khidmat jururawat sebanyak RM76,000.

Seluruh keluarga dan rakan-rakan Sam masih mencari dana untuk membantu meringankan beban yang ditanggung. Diharapkan semoga kisah ini dapat dijadikan teladan buat kita semua agar berfikir dulu sebelum bertindak dan melakukan sesuatu yang tidak wajar.

Siakapkeli.my

Penduduk tempatan raih ribuan dolar sepanjang musim panas dengan hanya menjual serangga jenis ini!

Pernahkah anda memakan serangga? Mungkin ada antara anda yang pernah dan pastinya ramai juga yang tidak pernah. Jika diberi RM10,000 adakah anda sanggup memakan serangga yang datangnya dari pokok-pokok kayu?

Buat yang tidak tahu serangga sebenarnya mengandungi banyak protein haiwan dan kaya dengan nutrisi. Jadi, boleh anda bayangkan jika suatu hari nanti trend memakan serangga akan popular di dunia?

Sebenarnya memakan serangga sudah menjadi trend di Wilayah Anhui, China. Semasa musim panas, ramai orang dilihat menangkap ‘Cicadas’ kerana ia adalah makanan istimewa bermusim yang hanya boleh didapati sepanjang musim panas. Walaupun Cicadas hanya serangga tetapi harganya agak mahal.

Penduduk tempatan akan melekatkan lapisan pita sepanjang satu meter pada pokok poplar. Pada waktu malam, larva cicada akan memanjat pokok. Pita itu diletakkan dengan tujuan untuk menghalang larva daripada terus memanjat pokok. 

Satu pinggan besar larva cicada boleh mencecah harga yang tinggi.

3kg hingga 5 kg larva cicada boleh ditangkap dalam satu malam. Satu kilogram larva cicada boleh mencecah sehingga 63 Yuan (RM38.83) apabila dijual kepada penjual jalanan dan restoran. ‘Pemburu’ larva Cicada  dikatakan boleh meraih pendapatan sekitar 11000 Yuan (RM6,780.15) sepanjang musim panas.

Penjual di jalan- jalan raya biasanya akan mencuci dan membersihkan larva cicada terlebih dahulu sebelum mereka menggoreng dan menjualnya kepada pelanggan.

Larva cicada juga dikatakan kaya dengan protein dan nutrisi yang boleh memberi banyak manfaat kesihatan kepada mereka yang memakannya. Semakin lama permintaan terhadap serangga ini semakin tinggi membuatkan harganya juga semakin mahal. Cicada yang ‘segar’ biasanya mudah didapati dan dijual pada waktu malam.

Cicada bukan hanya banyak dimakan di wilayah Anhui China, malah banyak negara di Asia Timur dan Asia Tenggara yang makan serangga seperti belalang, cengkerik dan sebagainya. Memandangkan pembiakan serangga masih tidak popular jadi mereka yang mahukan serangga biasanya akan mencarinya di hutan-hutan dan lazimnya serangga tersebut akan digoreng sebelum dimakan.

sumber : kumbang terbalik

About admin

Awang Goneng memang suka cerita macam-macam!

View all posts by admin →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen − thirteen =