Beliau Bakal Didakwa Esok Kerana Membuat Laporan Palsu Berkaitan Kerabat Diraja..Apa lagi ni Farid Kamil?

FARID Kamil (kanan) hadir bersama Peguam, Faizul Mohd Nasir atas sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Isnin lalu. FOTO Khairul Azhar Ahmad

DATUK Farid Kamil dijangka dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok kerana membuat laporan palsu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, Farid Kamil atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, 37, akan dituduh mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan.

“Kes sudah dirujuk kepada Pengarah Perundangan Negeri Selangor dan diarahkan dituduh mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tiga tahun dan denda mengikut Seksyen 193 kanun yang sama,” katanya kepada NSTP, hari ini.

Dalam sidang media sebelum ini, Farid mendedahkan gambar dua lelaki yang didakwa individu sebenar meletakkan dadah dalam minumannya.

Dakwa Farid, individu sebenar yang mendatanginya pada hari kejadian adalah pengurus artis dan penyanyi yang memperkenalkan diri sebagai Taj dan Osh.

Farid turut menafikan dua artis yang tampil memberi keterangan berhubung kes dadah itu bukan individu sebenar yang digambarkannya kepada polis.

Pada 16 Januari lalu, suami kepada pelakon Datin Diana Danielle itu didakwa atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Kota Damansara pada 11 Januari.

Beliau juga turut dituduh di mahkamah sama atas penggunaan dadah jenis THC iaitu ’11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid, yang juga dadah terdapat pada ganja.

Laporan Palsu Yang Dikatakan Adalah :

‘Lain yang dilapor, lain yang ditahan’ – Farid Kamil dedah dua individu sebenar

Farid berkata nama dan foto dua individu terbabit telah diserahkan kepada pihak polis ketika laporan dibuat, namun sebaliknya siasatan dilakukan ke atas dua individu lain. -Foto Astro AWANI/Azyyati Ahmad

SHAH ALAM: Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil menafikan dua individu yang diminta tampil bagi membantu siasatan polis dalam kes melibatkan dirinya adalah individu yang dia maksudkan.

Dalam satu sidang media di Setia Alam dekat sini hari ini, Farid berkata nama dan foto dua individu terbabit telah diserahkan kepada pihak polis ketika laporan dibuat, namun sebaliknya siasatan dilakukan ke atas dua individu berbeza.

“Dua individu yang ditahan untuk siasatan polis dalam kes saya bukan individu yang saya maksudkan dalam laporan polis.

“Mereka mempunyai nama yang sama. Walaupun telah diberi foto kepada polis untuk membantu siasatan, saya pelik bagaimana orang lain yang disiasat,” jelasnya yang turut tidak menafikan ia mungkin komplot yang telah dirancang.

Farid mendedahkan foto dua individu yang dimaksudkan di dalam laporan polis yang dibuatnya sebelum ini.

Pada 4 Februari lalu, Farid membuat laporan polis menyatakan dirinya telah dianiaya tiga rakan artis yang dikatakan mencemarkan minumannya dengan dadah sehingga mendorongnya berkelakuan ganas.

Farid bagaimanapun enggan menyatakan motif di sebalik kejadian tersebut kerana kes masih lagi di bawah siasatan pihak berkuasa.

Selepas laporan polis dibuat ketika itu, beliau berharap ada kawad cam dilakukan ke atas suspek, namun reman dan siasatan telah dibuat ke atas individu yang tidak dimaksudkannya beberapa hari kemudian.

Sebelum ini, pelakon Sofi Jikan ditahan bagi membantu siasatan selepas dia didapati positif dadah jenis ganja sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi netizen.

Sofi bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis tiga hari selepas penahanannya.

Pada 11 Februari, penyanyi nasyid kumpulan Firdaus, yang juga pengarah dan penerbit pengiklanan, Ahmad Fairuz Ahmad Rosli atau Osh telah tampil memberi keterangan di balai polis namun tiada penahanan dibuat.

Pada 20 Februari, penyanyi kumpulan Innuendo, Ahmad Tajuddin atau Taj telah tampil ke balai polis bersama peguamnya namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Justeru Farid meminta pihak berkuasa untuk melihat semula kes berkenaan.

Bercerita mengenai apa yang berlaku berhubung kes menampar polis dan menendang orang awam di Balai Polis Kota Damansara tempoh hari, Farid turut mendedahkan bahawa dirinya telah dianiaya oleh kelompok ‘kongsi gelap’ atau gangsterisme yang berada dalam industri seni.

Farid didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya namun mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam.

Kemudian, pada 17 Februari, dia dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000 dan kes dibicarakan pada 5 Mac nanti.

Farid sekali lagi dihadapkan ke mahkamah pada 25 Februari lalu atas pertuduhan menggunakan dadah berbahaya jenis tetra hydrocannabinol atau THC.

Sumber : gajah terbang

About admin

Awang Goneng memang suka cerita macam-macam!

View all posts by admin →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × one =